Wednesday 29 May 2013

[11 Foto] Gempar - Bayi Terselamat Setelah Dibuang Ke Dalam Tandas

Di Jinhua, Provinsi Zheijiang berlaku insiden sadis dimana seorang bayi lelaki dibuang kedalam tandas awam oleh ibunya. Bayi ni bernasib baik kerana tidak dapat diflush sepenunya dan tangisan beliau didengari oleh orang ramai. Pihak bomba kemudian terpaksa memotong saluran tandas bagi menyelamatkan bayi yang terperangkap ini. Pihak media China melaporkan bayi ini selamat tetapi mengalami keretakan tengkorak kerana tersekat di dalam paip tandas. Paling mengejutkan ialah panggilan kecemasan memanggil bomba dilakukan sendiri oleh ibu yang membuang si bayi. Ibu tunggal berusia 22 tahun ini membuang bayi beliau kerana stigma masih belum berkahwin. Sungguhpun begitu beliau tidak sampai hati mendengar tangisan anak beliau yang tersekat. 


Laporan asal DailyMail

Masihkah Kau Ingat? - Lima Telefon Bimbit Yang Popular Ketika Dahulu

Jauh sebelum era iPhone, BlackBerry, dan Android,sudah ada banyak telefon bimbit yang muncul dan menguasai pasaran pada masa itu. Nah, siapa tahu anda lupa atau bahkan mungkin baru lahir pada masa itu, kita akan mengajak anda untuk bernostalgia, mengingat-ingat kembali lima telefon bimbit yang sangat popular pada masanya! Jom lihat telefon yang popular bermula dari nombor lima.

5. Nokia 3210


Tipis dan boleh diganti-ganti covernya, Nokia 3210 adalah salah satu handphone yang paling popular di masanya. Katanya ini juga merupakan salah satu handphone yang paling laku sepanjang masa. Nokia 3210 juga merupakan handphone pertama yang antenanya ada di dalam. Nokia 3210 begitu popular sehingga ada handphone yang terinspirasi dari HP ini.

4. Ericsson T10

Sebelum mereka bergabung dengan Sony, Ericsson ada melahirkan telefon bimbit sendiri. Salah satu yang paling popular adalah T10, dari jenis ‘flip’ yang berwarna-warni. Tapi berbeza dengan Nokia 3210, ‘cover’ mereka tidak boleh diganti-ganti. Jadi kalau anda mahukan koleksi semua warna, anda kena beli telefon bimbit tersebut!
3. Nokia 8210

Pada masanya, Nokia 8210 adalah handphone yang paling kecil dan paling mudah. Tersangat kecilnya, handphone ini agak sukar untuk berSMS, apatah lagi bagi yang mempunya jari bersaiz besar. Dulu harganya mahal dan cuma kawan-kawan kita yang bergaji besar sahaja mampu memilikinya.

2. Motorola RAZR

Dulu Nokia memang HP yang paling popular. Tapi dari segi ‘design’, Nokia bukanlah yang paling ‘seksi’.
Di sinilah Motorola RAZR mengambil tempatnya. Dibandingkan dengan Nokia, ciri RAZR memang tidak sebagus HP-HP Nokia. Tapi dari segi bentuk, RAZR ini memang cantik. Tipis dan kesannya elegan .

1. Nokia 5110

Dan inilah handphone ‘sejuta umat’ yang pertama. Nokia 5110 adalah salah satu HP pertama yang covernya boleh diganti-ganti, jadi semua orang yang mempunyai HP ini boleh ada cover yang unik. Tapi ciri ganti-ganti cover ini sebenarnya biasa saja. Yang paling istimewa sebenarnya kerana Nokia 5110 mempunyai game Snake! Inilah mobile game yang popular zaman dulu, jauh sebelum eranya Angry Birds.

[Video] Pengakuan Remaja Terlanjur :-'(

Ikuti kisah gadis ini bagaimana beliau boleh terjebak ke kancah Zina. Video ini dimuat naik sebagai pengajaran. Gadis ini telah bertaubat. Bersama kita berdoa moga beliau diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang mendatang. Moga jadi pedoman.



 Kami bersama-sama anda wahai gadis, sudi membantu.Moga Allah memberi kita kekuatan bagi membentengi saudara/i dari terjebak dalam kancah yang tidak diingini ini. Amin

Para lelaki, lindungilah wanita

Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey

Sebelum tu jom layan video Mona Fandey ketika sebagai penyanyi satu masa dahulu.




Seram Kan?? Cuba pahami lirik lagu tersebut kalau berani. Siapa yang tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang.






Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar  bunyi itik.

Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.

Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey
Jenazah Allahyarhamah Mona Fandey sedia utk dikebumi

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.

Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.

“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.

“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.

Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.

“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.

“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.

Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.

Aksi Remaja Maut Ketika Melakukan Lompatan Parkour (5 Gambar)


Ini ialah antara calon Anugerah Darwin 2013. Wang Zijian (21) ialah seorang atlit sukan parkour yang berasal dari Sichuan China. Pada 6 Aprilyang lalu beliau melakukan lompatan dari Jambatan Sungai Tuojiang yang berketinggian 40 meter. Aksi beliau dirakam oleh seorang rakan. Malang bagi Wang, aksi ini membawa kepada kematian kerana beliau lemas selepas melompat. Menurut saksi, Wang dipercayai pengsan selepas terhempas ke permukaan sungai. Selepas 10 saat beliau dilihat terkapai-kapai cuba untuk terapung sebelum tenggelam ke dasar sungai. Ingatlah adik-adik jangan lakukan aksi lasak jika tidak membuat latihan sepenuhnya. 




Laporan asal ChinaSmack

Reaksi Kekasih Terhadap Imej Bertudung Alyah



Nampaknya para peminat menyambut baik perubahan diri penyanyi Alyah sekembalinya beliau dari menunaikan umrah baru baru ini dengan tampil bertudung penuh melalui gambar di Instagram.

Menurut Alyah seperti di’laporkan mStar Online hari ini, niat dihati untuk bertudung sudah lama beliau pendamkan tetapi kunjungan ke Mekah baru baru ini menguatkan niat untuk terus bertudung.


“Sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini — perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya”

“Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masanya untuk saya berubah ke arah kebaikan,” jelas Alyah.

Apabila di’tanya tentang respons ‘kekasih’ beliau Datuk Ramli MS, Alyah berkata konduktor muzik terkenal itu menyokong penuh penampilan baru ini & sekali lagi menyatakan yang mereka masih mengenal hati budi.

Ammar Perli Bekas Kekasih Selepas Bertudung?




Pelakon dan juga model, Ammar Alfian Aziz, 26, menepis dakwaan dia menyindir bekas kekasihnya, Puteri Sarah selepas wanita tersebut menyatakan hasrat untuk kekal bertudung.

Insiden tersebut berlaku selepas Ammar memuat naik status facebooknya dengan menulis :

Dah Start pakai tudung elokla tunjuk perangai baru yang baik. Bukan untuk publisiti kononya dah ‘berubah’. Perangai masih lagi hina orang tidak menunjukkan awak dah ‘berubah’

Apabila diminta memberi kenyataan, Ammar memberitahu bahawa status facebook itu tidak ditujukan kepada sesiapa, ianya ditulis secara rawak dan tiada kaitan dengan isu pemakaian tudung bekas kekashinya.

Namun begitu, Ammar sempat memberitahu bahawa niat Puteri Sarah untuk bertudung adalah sangat baik kerana perkara tersebut adalah untuk dirinya dan sebelum ini juga dia pernah meluahkan hasrat untuk bertudung.

Ammar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya menerusi laman Facebook miliknya yang dimuat naik pada Isnin.

Dalam kenyataan tersebut Ammar menasihatkan agar seseorang yang bertudung perlu merubah perangai kepada lebih baik dan bukan sekadar untuk mencari publisiti.

Di dalam perkembangan lain, Ammar kini lebih selesa bergerak solo kerana tidak lagi perlu memilih untuk menjayakan sesebuah lakonan kerana tiada yang perlu dijaga hati dan lebih tenang kerana tidak perlu memikirkan tentang orang lain dan boleh fokus untuk kembali ke bidang lakonan.

Untuk pengetahuan, selepas perpisahan mereka penghujung tahun lalu masing-masing tidak lagi berhubung

Sumber

[3 Gambar] Ika Nabila Berkawan Dengan Pengkid dan Bernafsu Songsang?



Sebagai nota, gosip ini berlangsung sejak tahun 2009. Gosip ini telah di *BUMP* (Bring Up My Post) oleh siapa lagi kalau bukan wartawan ngetot Zubir. Sejak gosip gambar Ajai berpeluk dengan gadis diterima ramai, Zubir cuba menghangatkan lagi gosip lama Ika Nabila berkawan dengan pengkid.




Kali ini dengan lebih sinis dan tanpa selindung, Ika Nabila disebut lagi dengan gosip bercinta dengan pengkid dan menyimpan dildo di rumah. Baru-baru ini, Zubir menerima beberapa email gambar mesra Ika bersama pengkid bernama Adlin itu di fahamkan gambar tersebut di rakam ketika mereka sedang berhibur di sebuah kelab malam.


Malah, gosip kian panas apabila kru produksi menyampaikan bahawa Ika tanpa segan silu mengajak seorang aktres comel untuk mengadakan hubungan seks terlarang bersamanya yang katanya lebih menyeronokkan. Kalau Zubir tipu mengenai gosip ini, maka tipulah kami kepada uols. By the way Zubir, Ika Nabila dari Akademi Fantasia musim ke-6 bukan ke-8 seperti yang dinyatakannya dalam akhbar.

Tuesday 28 May 2013

Tangan Gadis Hancur Tersepit Dalam Mesin Tebu


Seorang gadis berusia 15 tahun, Nurul Aminah Murjini menjerit kesakitan apabila tangan kirinya tersepit pada gigi mesin perahan tebu di sebuah gerai menjual air tebu di Taman Kulai Baru, KulaiJaya.Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, tangan kiri Nurul separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada gigi mesin perahan tebu ketika membantu ibunya menjual air tebu di gerai berhampiran rumah kedai di Batu 21, Jalan Kulai-Johor Bahru. 

Kejadian berlaku apabila tudung pelajar tingkatan tiga itu tiba-tiba tersangkut pada gigi mesin berkenaan yang sedang ligat berputar. Menurut saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 30-an, mangsa gagal menarik keluar tudungnya yang tersangkut ketika mesin berputar. Hamid berada di situ untuk membeli makanan di gerai bersebelahan.

Sementara itu, bapa mangsa, Murjini Sunarto, 46, berkata, dia sedang membersihkan kebun di Kampung Sri Paya, sebelum dihubungi isteri yang memaklumkan kejadian itu. Menurut Murjini, dia bimbang dengan masa depan anak bongsunya itu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit. 

Nurul terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 15 minit sebelum tangannya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya. Dia dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk rawatan.

Elfira Loy Dakwa Terpaksa Cium Randy Pangalila Demi Filem

Dia bukan suka-suka nak buat begitu. Demi bantuan yang sangat diperlukan daripada Randy Panggalila, Elfira Loy cuba memenuhi syarat jejaka kacak itu yang mahukan ciuman manja daripadanya barulah Randy bersedia membantu. Elfira tiada pilihan, terpaksa juga dia cium Randy. Tapi Elfira bijak! Sekadar melengkapkan syarat Randy, dia menciumi tangannya sendiri yang sebelum itu dilekapkan ke pipi aktor tersebut.
Bagaimanapun, itu hanyalah salah sebuah babak yang dilakonkan mereka sebagai peneraju utama drama bersiri Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang yang mana penggambarannya telah pun dilakukan di kota Paris.
Bercerita mengenai penglibatannya di dalam filem tersebut, Elfira yang ditemui baru-baru ini berkata sekali lagi dia melakonkan beberapa babak-babak romantik bersama pelakon popular Indonesia itu.
"Sebenarnya tak susah nak bekerja dengan Randy sebab kami serasi dan sekepala untuk melakukan beberapa babak di dalam filem ini. Malah hampir semua babak yang kami jayakan dilakukan dengan reaksi yang natural tanpa melakukan apa-apa rehearsal kerana kami sama-sama suka ikut flow situasi waktu itu.

"Cuma ada beberapa babak intim bersama dia yang membuatkan saya berdebar-debar kerana sungguh saya tidak pernah lagi bercinta. Malah kadang-kadang rasa kelakar pun ada bila melakukan babak romantik bersamanya,"
Antara babak-baka romantik yang dilakonkan Elfira dan Randy di dalam drama 'Dalam Hati Ada Taman'Antara babak-baka romantik yang dilakonkan Elfira dan Randy di dalam drama 'Dalam Hati Ada Taman'
Ini bukan pertama kali Elfira berpeluang bergandingan bersama Randy. Mereka pernah 'dipertemukan' menerusi drama Mimpi Sampai ke Bintang.

Selain itu Elfira yang kini sibuk menumpukan perhatian pada pada pelajarannya bakal menjalani penggambaran drama epik bersama pengarah Datin Paduka Shuhami Baba tidak lama lagi.

"Kelas baru bermula, jadi saya tak ambil banyak sangat tawaran berlakon. Cuma InsyaAllah ada satu projek bersama Shumi", ujar penuntut jurusan Diploma Seni dan Hiburan ini.

[6 Gambar] Cara Mengenali Gadis Korea dan Jepun

Memang sukar nak membuat pilihan antara kedua-duanya, sebab kalau kecantikan yang dijadikan ukuran; kedua-duanya sangat cantik dan sedap mata memandang. Ramai yang mengidamkan untuk memiliki kekasih ibarat Masami Nagasawa, Toda Erika, Kyoko Fukada, Maki Horikita, Ayase Haruka, Goo Hye Sun, Go Younha, Choi Ji Woo, Kim Hye Sun, Song Hye Gyo dan ramai lagi.

WANITA JEPUN
1. http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/57/Japanese_Girl.jpg
Wanita Jepun secara umumnya memiliki keperibadian yang sopan-santun, lemah-lembut, menarik dan lebih menghormati pandangan orang lain. Bagi mereka perkataan ‘Tidak’ sangat janggal serta ketika menolak sesuatu pelawaan dengan “eemmm… Dari pengertian orang-orang lama, itu merupakan tanda penolakan yang cukup sopan dan kita semua harus mengerti maksud mereka.
2. http://www.wallcoo.net/Celebrity/Fukuoka_Sayaka_02/images/Japanese_girl_fukuoka_sayaka_21lb.jpg


Mereka juga sangat mudah bersifat ramah dengan sesiapa pun hatta mereka tidak mengenali anda sebelumnya. Dari segi kecantikan, biasanya wanita Jepun disebut cantik jika memiliki kulit putih bersih serta sihat, tidak ada tanda hitam di wajah, dan berambut lurus. Mereka juga sangat berdisiplin dari aspek menjaga wajah agar tetap cantik.
3.
http://4.bp.blogspot.com/_6nrTFNmIouE/S_FX677t8XI/AAAAAAAACeQ/p-BXbmJgPAk/s1600/beautiful-japanese-girl-model-05.jpg


Dari segi perhubungan, mereka tidak terlalu memilih-milih pasangan seperti kebanyakan wanita Korea. Majoriti yang sudah berkahwin lebih cenderung memfokuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

WANITA KOREA
1.http://4.bp.blogspot.com/-CxFJCBFQQlk/UKziRU5wr2I/AAAAAAAAWig/qjliMGo3_TM/s1600/korean-girl-cute-wallpaper957567484.jpg
Wanita Korea secara umumnya cerdas, kelakar, dan berdikari tetapi hasil dari tinjauan Yahoo Answer dan forum-forum yang lainnya, ramai yang berpendapat mereka ini galak, kasar, memilih-milih teman, mereka juga tidak mudah rapat dengan orang lain kecuali dengan orang-orang Korea sendiri. mereka lebih Racist terhadap orang-orang luar.
2. http://2.bp.blogspot.com/-YkroYQ5zh4w/UFSr3Qq44pI/AAAAAAAABc4/wpFGwRz4n_g/s1600/korean-girls-19.jpg


Dari hasil kajian, didapati 29% masyarakat korea selatan membenci Jepun (anti-Japanese sentiment) atas alasan yang tidak diketahui. Wanita Korea juga terlalu berlebih-lebihan dalam mempamerkan kecantikan dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar untuk kekal cantik. Maka, tidak hairanlah ramai artis mereka yang melakukan pembedahan plastik (plastic surgery). Mereka juga lebih materialistik.

3. 
http://www.connectkorea.com/wp-content/uploads/2013/03/Hwang-Mi-Hee-3.jpg


Biasanya wanita korea ketika makan mereka akan makan dengan mulut terbuka dan mengeluarkan suara, ini tentu saja sangat tidak sopan dan kasar di mata orang Jepun.

[PANAS] Nealofa Dakwa Dipelawa Untuk Bersekedudukan Dengan Tan Sri XXXXX

http://1.bp.blogspot.com/-Dfnuis6LkCs/URXcZPdF5kI/AAAAAAAASVI/KNFqv__2if4/s1600/neelofa+(2).jpg

Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara seksual oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri. Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan, ada juga yang mahu memberikan wang.

Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan. Bayangkan, mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu, mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit. Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah peribadi bukan rahsia. Untuk jangka masa panjang, saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi.

Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya. Selepas majlis selesai, saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka.

Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, apatah lagi minum arak. Saya juga tidak akan keluar bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang temankan saya.

Terkini : Shah Jazle Dakwa Kes Khalwat adalah Suatu Perangkap

Hampir dua minggu ‘menyembunyikan diri’ dan mengunci mulut daripada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, pelakon Shahrizal Jaszle (Shahz Jaszle) , 25, akhirnya mendedahkan kejadian khalwat yang berlaku terhadapnya pada 16 Mei lalu adalah satu perangkap kepada dirinya. 

Dia percaya dirinya tidak bersalah kerana semasa kejadian itu dia bukannya berada berdua-duaan sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan serbuan. “Saya tak boleh komen panjang mengenai isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah. Apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian tersebut. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti,” tegasnya lagi. Beritahunya lagi, selepas diikat jamin, dia terus mengumpulkan keluarganya serta keluarga pihak tunangnya, Redzwani Puteri, 25, bagi menjelaskan situasi yang sebenar apa yang telah terjadi.

Pelakon drama Cinta Qaseh ini meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat sebarang keputusan. Begitu juga dengan tunangnya yang cukup memahami dan tidak melatah setelah mendapat tahu mengenai kejadian tersebut. 


http://3.bp.blogspot.com/_hFjjcOeO2ek/TOxq6rjIhBI/AAAAAAAAAE4/L2NVP1n_pcU/s1600/edit+shah+jazle.jpg

“Nampak sahaja dia lembut, tetapi Puteri seorang yang bijak dan berjiwa kental. Ketika saya ditahan pihak Jais, tunang menelefon saya untuk mendapatkan penjelasan daripada saya. Tetapi saya kata, hal ini perlu dibincangkan secara bersemuka” katanta lagi. “Syukur, dia sangat tenang dan faham selepas mendengar cerita sebenar daripada saya,” ujar Shahz Jaszle yang turut berkata kejadian itu merupakan satu pengajaran besar dan dia akan lebih berhati-hati selepas kejadian tersebut. Sungguh tidak disangka, ada juga manusia yang begitu kejam dan sanggup melakukan perangkap tersebut. Namun tiadak diketahui lagi kesahihan berita ini.

(18 Gambar) Kesilapan dalam Adegan Filem Terbaik Antarabangsa

Siapa cakap Filem Antarabangsa takde buat kesilapan atau mistake? Bukan filem Malaysia jer yang buat silap, asyik-asyik nak kutuk filem Malaysia kan termasuk aku. Filem antarabangsa nie bermodalkan berjuta-juta dollar pun boleh silap, ini kan pula filem kita yang bermodalkan tak sampai suku pun dari modal filem antarabangsa. Tapi gambar di bawah nie akan menjelaskan antara filem telah membuat kesilapan yang boleh dikatakan agak nyata. Jom Rilekslah melayan gambar-gambar di bawah. Opppssss… ada gambar yang agak 18 sx sikit… 





Banyak Lagi Gambar!



Kisah Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler Yang Dirogol 14 Hari Tanpa Henti (4 Gambar)

Beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin. Rasanya tak mungkin kita terbayang sekiranya kita hidup pada zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari dipenuhi dengan ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.

Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, janda tua ini menyimpan sendiri kasihnya dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu. Setelah beberapa bulan selepas ulang tahunnya yang ke-95, dia menceritakan perihal pekerjaannya semasa perang dahulu, yakni sebagai tukang rasa makanan untuk Hitler.

Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

"Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya," ungkap Woelk kepada Associated Press (26/04/13).

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler tak pernah makan yang terdiri daripada daging. "Dia seorang vegetarian," katanya. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. "Makanannya lazat... Dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta," tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.

"Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami," kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. "Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya," kenangnya. Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerna malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. "Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam," ujarnya.



[15 Foto] Latihan Untuk Menjadi Pelayan Keretapi di China

Di negara China ada sistem keretapi halaju tinggi. Sistem keretapi ini mempunyai pramugari mereka sendiri yang melayan penumpang sepanjang perjalanan. Seperti pramugari kapal terbang pramugari keretapi juga menjalani latihan intensif supaya layanan terhadap penumpang memenuhi piawaian majikan. Mereka diajar cara untuk senyum dan duduk yang betul. Postur badan dan cara tunduk hormat kepada penumpang juga diajar. Keseragaman itu penting. Mari lihat sendiri Awan Dania versi keretapi!




 
 
 Sumber- SeriusBlog.blogspot