Tuesday, 2 July 2013
Manusia Yang Menukar 3 Kali Jantina Dengan Pembedahan Alat Kelamin
Dengan anting-anting serta rambut birunya yang ketara, Adeleh Deane kelihatan seperti seorang wanita muda yang penuh keyakinan diri.
Tapi Adeleh mendedahkan bahawa dia awalnya dibesarkan sebagai anak laki-laki dan sejak itu telah mengubah zakarnya sebanyak tiga kali dalam mencari identiti seksualnya.
Adeleh mengatakan bahawa menyedari dirinya adalah seorang gadis sejak berusia tiga tahun dan mendapati hal tersebut sangat membingungkan dan dirinya sukar untuk 'membesar' dewasa.
"Semua orang terus berkata bahawa aku adalah anak laki-laki dan harus bermain dengan mainan kanak-kanak laki-laki, tapi aku tahu aku adalah seorang gadis kecil," katanya.
"Saya dengan jelas menerangkan bahawa aku adalah seorang gadis, hanya dalam tubuh laki-laki. Aku sering diolok-olok sebagai gay dan diintimidasi. "Tambahnya.
Putus asa dengan keadaannya, Adeleh kemudian mencari bantuan dengan mengunjungi sebuah klinik pakar ketika ia beranjak remaja dan memutuskan untuk melakukan 'peralihan' di mana ia tinggal sebagai wanita tanpa melakukan pembedahan. Tapi kemudian ketika berusia berusia 20 tahun, Adeleh memilih untuk hidup sebagai seorang lelaki bernama Adam.
Dia selalu beranggapan bahawa ia dilahirkan dalam jantina yang salah. Tapi ketika berusia 28 tahun, Adeleh diberitahu bahawa ia merupakan seorang interseks dan mempunyai ciri-ciri fizikal dari kedua-dua jenis kelamin.
Selama perjalanannya untuk mencari identitinya, Adeleh menjalani pembedahan plastik di Thailand. Dimana ia memasang implan payudara dan merubah hidungnya dalam dua operasi yang berjaya.
Labels:
ajaib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment