Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Sunday, 4 August 2013

BENARKAH GADIS BERPAKAIAN TAK SENONOH INI ANAK SOFEA JANE?


ISU GAMBAR SEKSI ANAK SOFEA JANE | Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut.

Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.

Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.

Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.

Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga 'google' kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan.

Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot.

Bagaimana pula dengan anda?






Friday, 2 August 2013

Gambar Pelakon Home Alone, Dari Kecil Hingga Dewasa

Filem Home Alone merupakan filem menceritakan seorang budak yang berjaya menewaskan perompak yang ingin mencuri sejurus selepas ibu bapa budak tersebut keluar dari rumah. Dengan ciptaan dan kreativiti budak tersebut, dia berjaya menewaskan kesemua perompak yang cuba masuk ke rumahnya. Akhirnya pelakon yang dikenali ramai "Home Alone" filem popular, secara beransur-ansur tenggelam ke bawah.sumber

1988

1991

1993

1994

1999

2004

2006

2009


2010

2011


2012

Wednesday, 24 July 2013

Gambar Julia Robert Dengan Bulu Ketiaknya

 Julia Robert, siapa yang tidak kenal dengan selebriti cantik ini, di sebalik penampilannya yang glamour ternyata Julia Robert mempunyai kebiasaan jorok dengan membiarkan bulu ketiaknya tumbuh lebat. Saat di tanya oleh seorang wartawan berkenaan dengan kebiasaan uniknya tersebut, Julia Robert menjawab dengan santai dengan mengatakan bahawa dirinya merasa lebih sexy dengan bulu ketiak yang tumbuh di ketiaknya. Ada-ada saja.

Artis Dicekup Tidak Puasa, Main Mahjung Di Pusat Siber


PUCHONG – Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri di sini, semalam.
Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.
Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.
Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.
Mohd Rasip berkata, premis terbabit sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.
“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen.
“Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ,” katanya.
Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil. – Sinar Harian Online