Saturday, 3 August 2013

5 Hacker Wanita Terbaik Di seluruh Dunia!

Ini adalah hackers wanita yang paling digeruni di dunia.. Selain digeruni dan disegani atas ilmu mereka dalam dunia hackers, muka mereka tidaklah seganas pak belang.. Malah, membuat para jejaka jatuh cinta pandang pertama kepada mereka..


1. Ying kracker
Spoiler:
Ying kracker, seorang guru dari Shanghai China. Dia mengajar tentang panduan asas proses hacking, cara mengubah IP address atau memanipulasi password syarikat! Dia juga antara mereka yang membuatsoftware hacker.

Dalam sebuah forum yang bertajuk Chinese Hottie Hackers, namanya banyak dibincangkan dan itu membuat popularitinya semakin meningkat. Dalam forum tersebut juga dia mempunyai ramai peminat. Di situlah awal kredibilitinya meningkat dengan mendadak!


2. Xiao Tian
Spoiler :
Dengar saja nama hacker, biasanya yang terlintas di fikiran adalah seorang ulat buku dengan kaca mata tebal dengan gaya hidup yang nerd. Tapi tidak untuk Xiao Tian. Dia adalah seorang hacker yang cun melecun. Penampilan dan gaya hidupnya begitu rapi, dinamik dan feminim.
Dia juga tertarik dengan dunia fashion, khususnya kasut. Dalam blognya dia sering berkongsi cerita mengenai tempat-tempat yang pernah dilawatinya. Itulah alasan mengapa Xiao mempunyai ramai peminat dan followers di seluruh dunia, khususnya para jejaka.

Xiao Tian, mula dikenali sejak umur 19 tahun. Setelah membentuk China Girl Security Team, salah satu kumpulan hacker khusus untuk wanita terbesar di China. Kebolehannya dalam dunia hacking juga tidak dapat diragukan lagi. Raksasa search engine nombor satu di dunia, Google juga pernah mendapat serangan hebat dari Tian beserta geng-gengnya. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastrukturGoogle China. Akhirnya, Google terpaksa  menarik semua layanan operasinya di China akibat serangan mereka yang bertubi-tubi.


3. Joanna Rutkowska
Spoiler:

Joanna Rutkowska adalah seorang wanita polandia yang tertarik dengan dunia hacking security. Namanya pertama kali dikenali ramai setelah Black Hat Briefings Conference di Las Vegas, pada bulan ogos 2006. Di mana ketika itu Rutkowska membentangkan proses serangan yang telah dia lakukan terhadap sistem keamanan windows vista. Tidak hanya itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Awal 2007 dia membentuk Invisible Things Lab di Warsawa, Polandia. Sebuah perusahaan yang memberi fokus terhadap research keamanan OS juga VMM serta layanan keamanan internet. Pada tahun 2010, Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System full protect security. Rutkowska juga pernah memberikan saranan terbuka untuk Vice President of Microsoft Security Technology Unit untuk lebih memperketat sistem keamanan dalam windows vista. Rutkowska seoranghacker yang boleh dibawa berbincang..


4. Kristina Svechinskaya
Spoiler:
Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi New York University yang ditahan pada 2 november 2010 lalu kerana telah mencuri jutaan dollar dari beberapa bank di British dan America. Bersama 9 orang lainya,Svechinskaya menggodam ribuan akaun bank dan dia dikatakan telah mencuri lebih kurang 3 juta dollar.

Svechinskaya beserta kumpulan awalnya menganggar jumlah duit yang dicuri mereka adalah sekitar 220 juta dollar. Svechinskaya menggunakan Zeus Trojan Horse untuk menyerang ribuan akaun bank. Dia memiliki lebih 5 akaun bank dunia untuk mencairkan tabungnya. Dalam aksinya itu, Svechinskaya juga melakukan pemalsuan pasport dan untuk itu dia 40 tahun penjara jika terbukti bersalah. Seperti dilihat di dalam gambar, bra yang digunakan gadis cantik ini diperbuat daripada berlian. Svechinskaya juga mendapat jolokan sebagai hacker terseksi di dunia. Ya, kerana memang penampilan wajah, tatapan mata dan gaya berpakaian Svechinskaya mampu membuat orang-orang terbeliak.


5. Raven Adler
Spoiler:
 Hacker di tangga kelima jatuh kepada Raven Adler. Seorang wanita berpenampilan gothic yang tertarik dengan dunia internet, khususnya dunia hacking. Raven adalah wanita pertama yang pernah hadir dalamHacker DefCon Conference. Perhatian persidangan tentu saja tertuju penuh untuknya. Tapi dia mengaku tidak ingin memanfaatkan jantinanya sebagai wanita untuk membantutkan kredibilitinya sebagai hacker. Raven tidak begitu senang dipanggil dengan sebutan ‘Hacker Wanita’. Dia lebih senang dipandang keranaskillnya, bukan kerana jantinanya sebagai seorang wanita.

Ketika ini dia aktif mereka bentuk, menguji dan mengaudit sistem pengesan keamanan untuk pelbagai agen syarikat besar. Raven juga dikatakan aktif mempelajari ilmu bela diri Ryu Shorin Matsumura.

No comments:

Post a Comment