Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, 12 August 2013

Awas!! Taktik Skodeng Dalam Tandas

Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling. Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini. Apekepelik terpaksa muat naik gambar ini agar anda tahu kedudukan kamera tersebut.

P/S : Email  ini baru saja Apekepelik terima dari seorang rakan sepejabat . Dia terkejut apa yang dia lihat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya manusia akan rasa geli jika terdapat kotak kecik, kotak rokok, kotak tisu, pembalut tisu, tuala wanita dan sebagainya. Mesti anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu. Bagi anda adalah ia seperti sampah bukan. Tetapi awas!!! ia benar-benar terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas. Apekepelik la kaki skodeng ni?..

Bayar Sikit Boleh Raba Keseluruhan

Bukan suka-suka nak letak gambar macam ni tetapi beginilah realiti kehidupan dunia sekarang.Harga diri dan maruah begitu rendah semata-mata kerana
wang.Mereka Sanggup diraba oleh orang yang sememangnya menunggu peluang mahupon yang boleh dibeli dengan wang. Jagalah maruah anda sebelum bertambah parah. Apekepelik?

Club Malam Khas Untuk Kanak2 Di Rusia

Kelab untuk anak-anak di Chelyabinsk, Rusia dipanggil "Garasi Bawah Tanah," di mana kanak-kanak berpesta sepanjang malam? Tidak dapat dipastikan samaada perkara ini  diluluskan atau tidak diluluskan oleh pihak berkuasa. Di malaysia mungkin akan terjadi jika melihat perkara hiburan yang berleluasa sekarang. P/S No Politik :D. Apekepelik?






Friday, 9 August 2013

SUBHANALLAH! - ULAR KING COBRA BERKEPALA TIGA (GAMBAR)

Gambar yang mengejutkan. Gambar ular king Cobra berkepala tiga di rakamkan. Dimana kalau kita dapat lihat di situ terdapat ramai orang yang menyaksikannya.

Korang rasa ini halis dari photoshop atau semulajadi? Kalau ikot logik mungkin ianya benar, kalau tak takkan sampai berpusu-pusu orang yang cuba mendekati untuk melihat nyer...

Korang ade sebarang penjelasan tentang gambar ini??

SERIUS! - GEREJA TERBESAR DI ASIA TENGGARA SIAP DIBINA DI MALAYSIA (5 GAMBAR)

Inilah dye gereja yang terbersar di Asia tenggara kata ko! Dimana 2 tahun yang lepas tao pernah bagi tau akan pembinaan GEREJA terbesar, termoden dan tercanggih, berkonsepkan FREEMASON di Malaysia. Kini pada 23 Julai 2013 Gereja terbesar di Asia Tenggara telah membuka pintunya berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.



Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.




Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

"Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya.

Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam.

Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim"

Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000 yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras.

Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus.

"Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.

Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.

TAUTAK? - LELAKI GEMUK LEBIH SERIUS DALAM PERCINTAAN

Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus dan sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman baru-baru ini.


Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual. 

Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang. Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.

Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan bersedia memberi komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.

Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki atau sering disebut dengan istilah ‘six pack’, ternyata tidak menjadi perkara utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan bentuk tubuh lelaki. Tanggapan penyelidik terhadap tubuh lelaki berotot sama sahaja dengan iklan yang menonjolkan tubuh lelaki memiliki ukuran rata. Para responden yang terlibat dalam soal selidik itu, memberikan tahap sama pada lelaki bertubuh sedikit berisi, ramping  dan  berotot.

Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik mengungkap promosi iklan tidak perlu terlalu menekan pada otot yang kuat  dan  perut berotot. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus telah memberi gangguan pola pemakanan di kalangan wanita muda.

Diedrichs menunjukkan contoh iklan jeans, barangan rawatan kulit & pewangi tubuh yang menggunakan model lelaki berotot kini sudah mencecah lebih dari 600 golongan remaja lelaki. Hasilnya memang para remaja member kesan positif terhadap iklan yang menggunakan lelaki berotot. Tetapi, faktanya iklan yang hanya menonjolkan produk lebih efektif dari apa yang dibawakan oleh model tersebut.

“Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berotot menunjukan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak menyenangkan,” kata Diedrichs, seperti diperoleh dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan bahawa model lelaki memiliki tubuh berisi atau gemuk sama kesannya dengan model langsing. Dan ini telah mematahkan prinsip industry yang menganggap model berisi ‘tidak boleh dijual’.

Thursday, 8 August 2013

MENARIK! - GAMBAR YANG MENUNJUKKAN BETAPA TINGGINYA GUNUNG EVEREST (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tau Gunung Everest adalah gunung yang tertinggi di dunia yang paling sukar di tawan. Kalau sebelum ini tao ada ceritakan tentang 15 Fakta Mengenai Gunung Everest Yang Kita Tak Penah Tahu, kali ini tao tunjukkan pulak betapa tingginya gunung everest ini.


Buat pengetahuan korang saintis kata gunung everest ni naik 2.4 inci setahun. Manakala kos nak panjat lebih kurang $65 ribu dolar seorang termasuk training skali. Pada tahun 1995 seorang ibu dari British menjadi wanita pertama yg berjaya menakluki puncak gunung ini tanpa bantuan oksigen dan sherpa. ibu berusia 33 tahun itu bernama Allison Hargreaves.

Ada lebih kurang 200 mayat keras yg dijadikan landmark di atas gunung ini termasuk seorang lelaki yg berhenti berehat dan terus rehat terus menerus..jika dilakukan kira kira lebih kurang seorang akan mati dalam setiap 10 orang yg tiba di puncak. Korang boleh saksikan mayat keras di sini >>SERAM! - Lebih 200 Mayat Terbiar Pendaki Gunung Everest (8 Gambar)

Manakala budak 13 tahun dari amerika, jordan romero menjadi manusia termuda sampai ke puncak tertinggi tersebut.

Cuba korang tengok dan bandingkan puncak Everest dengan Base Camp yang berada di bawah ini....



Atas puncak tu ada line 3g yg dipasang oleh syarikat subsidi kerajaan nepal dari sweden, TeleSonera pada ketinggian 5200 meter jadi kalau korang nak panjat jgn lupa bawa henpon 3g skali.

Tuesday, 6 August 2013

Wanita Mati Hidup Semula

Noelia Serna, 45 tahun mengejutkan pekerja rumah mayat kerana hidup semula selepas disahkan mati.


Seorang wanita dari Colombia yang berusia 45 tahun disahkan mati oleh seorang doktor telah mengejutkan seorang pekerja rumah mayat apabila mendapati wanita itu masih bernafas. Noelia Serna telah diambil ke hospital setelah menderita serangan jantung dan disokong pada mesin sokongan hayat sebelum para doktor mengumumkan kematiannya.

Di hospital inilah kejadian itu berlaku.
"Saya terkejut apabila mendapati ia bergerak-gerak",kata pekerja rumah mayat ini.

Di rumah mayat seorang pekerja telah perasan dia bergerak-gerak dan mendapati masih bernafas lalum menghantarkannya kembali ke hospital.Serna dipercayai mengalami Lazarus Syndrome, suatu keadaan dimana pernafasan dan kadar degupan jantung berada di tahap yang sangat rendah sebelum kembali semula pada keadaan normal.

Awatnya kita susah nak terima takdir tuhan ?

Nak bersangka baik ni satu je kena mula dulu - PERCAYA pada kuasa tuhan dulu. 

Kalau kita yakin tuhan buat bersebab - yang kita duk pertikai gak kenapa ?
Kalau kita yakin tuhan akan balas lagi baik - yang duk kalut tak sabaq pasaipa ?
Kalau kita yakin tuhan memang sengaja mahu kita sedaq - yang kita duk bantah lagi kenapa ?
Kalau kita yakin sesuatu dengan IZIN DIA , maka jadi - kenapa kita nak sibuk duk ungkit sana, mengamuk sini.

Yah, susah nak terima. REDHA - lima huruf saja, tapi nak rasa redha tu, nak betui betui terima semua qada' , qadar Tuhan - amatlah payah ibaratnya macam konon tak rasa apa, sabaq , tuhan ganti balik punya - nak tunggu sat ja mengamuk kemain, ni nak redha sepanjang usia ?

Memang tak . Ketegaq baq ang.

Hati kita ni memang Tuhan pegang, kalau hari ni kita sayang orang, esok lusa terus tak rasa apa. Boleh ja, sat ja Tuhan buat, no hal. Tapi kenapa tuhan duga kita satu satu, sebab nya dia nak dengaq suara kita ni pi doa, minta tolong dia. Dia nak kita ni sedaq sikit asai usui kita.Dia taknak tengok kita tinggi sangat, jatuh sakit susah .

Ya, dia nak dengaq. Dia sayang kita, dia rindu kita. Dia nak ajaq kita.

Tapi kita ada ego - ketegaq memang duk usah kata kat sapa-sapa.
Saya juga ada.

Tapi nak tanya lah sampai bila nak usung rasa TAK PERCAYA TUHAN yang tentukan sesuatu, duk membebel  lagi macamlah keadaan boleh jadi asai balik, padahai kadangkala memang salah kita. 

CUKUPLAH. BERHENTI PERSOAL BALIK DEKAT SIAPA -SIAPA. Ni, yang duq baca ni selam diri dulu dan kaji . Sampai bila hang mau lagu ni ? NAK sedih, marah , kecewa, murung, pasaipa , habaq mai sini .Ada ubah apa-apa kah ? Takdaq, jadi bangkitlah. Duk sesendu seseorang, habis nanti masa muda persia begitu saja,rugi .

CUBALAH . BELAJAR terima kenyataan . Perlahan-lahan kayuh . Sama-sama ya ? Insyaallah boleh punya, sebelum boleh, memang tak boleh, tapi kalau cuba, insyaallah lebih dari boleh. Amin. 


P/S : Kak Fynn, pinjam gambaq sat .


- Bukan oghang utara, belajaq ja kat sana dulu - sat ja pun . Maaf naa andai ada silap kata bicara mengguris rasa percaya .

Dosa Popular di hari raya


Hari raya sepatutnya menjadi hari untuk mendapat keredaan daripada Allah dan bukan kemurkaan-Nya. Mari kita bermuhasabah serba sedikit mengenai dosa popular (kesalahan di hari raya) yang sering diamalkan masyarakat kita ketika menyambut hari raya.

** Bersentuh-sentuhan antara lelaki dan perempuan bukan mahram

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Hari raya sering dijadikan 'lesen' untuk lelaki dan perempuan bukan mahram bersalam-salaman dan bersentuhan antara satu sama lain.

Bersentuhan antara lelaki dan perempuan adalah haram dan tiada pengecualian pada hari raya. Namun ia semakin dilihat sebagai perkara biasa dalam konteks masyarakat hari ini.

Jika boleh elak dengan cara , letak kedua tangan di belakang, atau pegang dada dan tunduk kepala sedikit dan kata 'maaf; , atau kata perlahan 'saya dalam keadaan berwuduk".

** Pakaian wanita

Ini antara perkara yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita hari ini. Lebih malang lagi apabila mereka memakai pakaian yang memperlihatkan susuk tubuh dengan sempit dan nipis ketika bertandang.

Tidak hairan, hari raya bukan saja hari untuk kita menikmati santapan pelbagai juadah makanan, malah menjadi santapan mata yang mengundang dosa.

Jangan sampai tabarruj (berlebihan dalam menghias diri, kerana mampu mengundang fitnah dan umpat kata orang selain menambah riak dalam jiwa )

** Meninggalkan solat

Meninggalkan solat pada hari raya kerana terlalu sibuk berhari raya adalah sesuatu yang sangat malang.Ada juga yang bersolat sunat hari raya, namun sengaja meninggalkan solat wajib. Solat, ketika sakit pun wajib, jadi jangan jadikan raya sebagai alasan untuk sengaja mengabaikan kewajipan. kerana ia tetap menjadi soalan utama di alam barzakh kelak.

** Tidak memuliakan tetamu / kurang mengunjungi

Ini menyedihkan, jika dahulu, rancangan televisyen yang banyak menjadi penyebab untuk kurang keluar rumah mengunjungi sahabat handai, namun kini dengan wujudnya banyaknya laman sosial facebook dan twitter, ramai yang endah tak endah tentang kehadiran tetamu yang datang . Teknologi hanya alat, sebagai manusia, kita kena bijak memanfaatkannya dalam keadaan besederhana.

Sabda Rasulullah :
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ رِزْقُهُ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ.
"Barangsiapa mahu dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umur-nya maka hendaklah dia bersilaturahim." (HR. al-Bukhari dan Mus-lim dari Anas, Mukhtashar Shahih al-Bukhari, no. 940, dan Mukh-tashar Shahih Muslim, no. 1762).

** Makan berlebihan

Jangan makan berlebihan di hari raya . Dari segi pembaziran satu hal lain. Namun dari segi kesihatan juga tetap membimbangkan . Bersederhanalah :)

** Aurat antara ipar

Perkara ini juga sering dipandang ringan kebanyakan umat Islam. Perkahwinan abang, adik atau kakak ipar dengan adik beradik kita tidak menyebabkan aurat kita, terutama wanita, 'halal' untuk dipandang ipar duai kita. Misalan adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah, sedangkan abang iparnya berada di situ.
Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

Apatah lagi pada musim perayaan, semestinya ramai berhimpun di rumah dan kita hendaklah konsisten dalam menjaga amanah yang diberikan Allah ini.

 ** Bermegah dan pembaziran

Raya bukan medan menayang baju mahal yang hebat dan dekorasi rumah yang fantastik , namun lebih kepada merayakan satu kejayaan sebagai umat islam yang berjaya melalui bulan puasa dengan penuh keredhaan dan keikhlasan .

** Wangian wanita

Golongan wanita memakai wangian dan solekan ala artis pada musim perayaan sebelum keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. Kadangkala dari jauh lagi kita boleh menghidu bau wangi-wangian yang dipakai secara berlebih-lebihan ini.

** Dosa bertempoh

Hari raya juga umpama hari membalas dendam terhadap dosa yang ditahan dan ditinggalkan pada Ramadan. Malah, memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadan.

Contoh : bermaafan hanya di hari raya
Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadan, maka Syawal bolehlah bergaduh kembali. Minta maaf bukan pada hari raya sahaja, kerana kita tidak tahu umur dan ajal kita bila masanya . Jadi, jangan bertangguh dan bertempoh-tempoh.

Selain itu, Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat seperti bersyahwat melalui telefon atau 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, malangnya dibuangnya jauh-jauh.


Lapan Banduan Yang Dapat Pengampunan Sultan Johor Dibebaskan Pagi Tadi Sempena Ramadhan!

KAJANG – “Saya tak dapat bayangkan macam mana besarnya cabaran selepas dibebaskan ini, maklumlah dekat 30 tahun terkurung dalam penjara, tetapi saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah dan berterima kasih sungguh kepada Sultan Johor di atas pengampunan ini”.

Hanya itu yang mampu dilafazkan Mel (bukan nama sebenar), 58, salah seorang daripada lapan orang banduan yang dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim sempena bulan Ramadan pagi tadi.

Mel ditangkap setelah terlibat dalam kes senjata api dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat sejak tahun 1982 lagi.

Sejak itu, Mel sudah beberapa kali membuat rayuan untuk dibebaskan namun semuanya hampa.

Namun kira-kira tiga bulan lepas, dia mendapat khabar gembira yang dia akan dibebaskan daripada menjalani hukuman tersebut.

” Nak tahu lama tak lama saya kat penjara…waktu saya masuk ke ‘dalam’, stesen televisyen TV3 pun tak wujud lagi,” katanya sambil tersenyum.

Begitupun Mel beruntung kerana walaupun sebegitu lama bergelar banduan, tetapi dia langsung tidak pernah dipinggirkan oleh keluarganya.

Malah sewaktu pembebasannya pagi tadi, ramai ahli keluarganya yang hadir menyebabkan suasana menjadi pilu seketika apabila kesemuanya memeluk erat Mel yang segak berbaju Melayu serta lengkap bersampin.

Turut hadir sewaktu pembebasan tersebut adalah Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Adnan Atan dan Ketua Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim.


Namun perasaan gembira bercampur hiba menyelubungi Pak Din (bukan nama sebenar) apabila dia hanya mampu menitiskan airmata kerana tiada ahli keluarga yang datang menyambut pembebasannya itu.

” Saya orang Indonesia, keluarga saya jauh…kali terakhir mereka melawat saya pun kira-kira 15 tahun lepas, tidak mengapalah, saya tak mahu menyusahkan sesiapa.

” Namun saya bersyukur kerana walaupun saya bukan orang Malaysia, tetapi Sultan Ibrahim masih sudi untuk memberi pengampunan kepada saya, ini menunjukkan Tuanku tidak pernah membeza-bezakan kami para banduan yang ditahan di sini,” katanya sambil menitiskan airmata terharu.


Baru-baru ini Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan terhadap lapan orang banduan.

Sultan Ibrahim turut berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara terhadap empat banduan dan memberi pengampunan kepada seorang lelaki yang disabitkan kesalahan ketika berumur 18 tahun pada 1985 untuk membersihkan namanya daripada rekod sabitan kesalahan.

Pada 19 Januari lalu, Sultan Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor.

Atas nasihat daripada anggota Lembaga Pengampunan Negeri Johor, Peguam Negara dan mempertimbang semua aspek seperti kesalahan banduan, tempoh hukuman yang dijalani serta pemulihan yang dicapai oleh banduan, maka Sultan Ibrahim dengan limpah kurnia dan perkenannya telah mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman kesemua banduan yang terlibat

Lembaga Pengampunan Negeri Johor itu dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta tiga anggota lembaga pengampunan iaitu Datuk Law Boon King, Datuk Rashidi Mohd Noor dan Datuk Dr M.Harjit Singh.

Daripada lapan banduan yang akan dibebaskan pada 1 Ramadan itu, seorang daripadanya, Sapuan Hanin, 58, adalah banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 manakala tujuh yang lain yang berumur 41 hingga 63 tahun, adalah banduan di bawah kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Sapuan telah menjalani hukuman 24 tahun penjara sejak 1987 atas kesalahan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Tujuh yang lain pula, katanya, dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat dan telah menjalani hukuman penjara antara 22 dan 37 tahun serta dikenakan antara enam dan 10 sebatan atas kesalahan rompakan dan memiliki senjata api.

Empat banduan yang diringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara pula adalah banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 iaitu yang terlibat dengan kes pengedaran dadah dan bunuh.

Tiga daripada mereka yang berumur 36 hingga 41 tahun dan telah menjalani hukuman penjara antara lapan dan 14 tahun, diperkenan diringankan hukuman penjara sepanjang hayat (tiada tarikh bebas) manakala seorang lagi yang berumur 57 tahun, yang telah menjalani hukuman 16 tahun penjara, diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup (20 tahun),” katanya.

Isu Kim Kardashian Dihadiahkan Ferrari Oleh Jutawan Malaysia!

Dunia Hollywood beberapa hari ini kecoh apabila Kris Humphries yang kini dalam proses penceraian dengan Kim Kardashian mempersoalkan hadiah mewah berupa Ferrari yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.

Hadiah tersebut mungkin merupakan hadiah paling mahal yang mereka terima sepanjang tempoh perkahwinan mereka yang hanya bertahan selama 72 hari dan ianya pemberian seorang rakyat Malaysia bertaraf billionaire.


Selepas mengumumkan yang mereka kini sah berpisah, Kim Kardashian berjanji dan nekad untuk memberikan US$200,00 iaitu nilai hadiah perkahwinan mereka kepada badan kebajikan.

Namun, menurut bekas suami Kris Humphries mendakwa yang Kim Kardashian sengaja tidak memasukkan nilai kereta Ferrari (US$325,000) tersebut dalam kiraan jumlah derma yang ingin disumbangkan — yang juga didakwa terlalu rendah.


Sumber terdekat dengan Kim Kardashian mendakwa yang beliau sangat gemarkan kereta mewah itu selain sering memandunya keluar & kini telah menukar status hak milik ke hak perseorangan.

Peguam Kris Humphries telah meluahkan hasrat untuk menyoal tentang isu ini di mahkamah kelak selain memanggil billionaire Malaysia itu nanti sebagai saksi.

Monday, 5 August 2013

4 TAHUN RELA MELAYAN NAFSU SERAKAH MAT REMPIT!



4 TAHUN JADI HABUAN NAFSU SERAKAH MAT REMPIT | Lisa terpaksa merelakan dirinya menjadi pemuas nafsu mat rempit demi kepuasan diri sendiri dan menganggapnya sebagai hiburan.

“Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,” kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.

Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.

“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur.

“Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.

“Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya.

PRAMUGARI CUN DIPECAT KERANA TUNJUK JARI TENGAH KEPADA PENUMPANG!



PRAMUGARI TERLANJUR YANG CANTIK DIPECAT KERANA TUNJUK FUCK PADA PENUMPANG | Seorang pramugari syarikat penerbangan Aeroflot (syarikat penerbangan terkenal di Rusia) telah mengirim sekeping gambar di dalam Internet yang menunjukkan dia menayangkan isyarat lucah dengan jarinya kepada penumpang di dalam sebuah kapal terbang yang dia sedang bertugas.

Pihak syarikat enggan memaafkan perbuatannya dan bertindak memecat pramugari tersebut. 

Berikut merupakan gambar-gambar pramugari tersebut:


GAMBAR BEG SEKOLAH MENGANDUNGI IMEJ LUCAH!


GAMBAR BEG SEKOLAH MEMAPARKAN IMEJ LUCAH MANUSIA SEDANG MELAKUKAN SEKS | Imej lucah berkenaan tidak dilihat melalui luaran sebaliknya corak berkenaan berada di bahagian dalam beg berkenaan. Pada pandangan secara kasar pun sudah boleh menampakkan begitu banyak adengan tidak senonoh di dalam bag pack berkenaan.




Anai-Anai Tak Makan Huruf Arab Dalam Al-Quran Tua Ini!


 Subhanallah! Ajaib! Cuba lihat gambar di bawah ini. Ceritanya, di dalam rumah seorang penduduk muslim Tappachabutra, Hyderabad bernama En. Md. Farooq, anai-anai telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia lebih kurang 100 tahun.


Keseluruhan sampul dari naskah Al Qur "an tersebut dan tempat tempat yang melindungi Al Quran tersebut telah rosak kerana dimakan oleh anai-anai juga termasuk tulisan terjemahan AL QURAN tersebut dalam bahasa urdu. Tapi yang menakjubkan adalah ...

Anai tersebut tidak menyentuh huruf-huruf asli dari Al-quran yang bertulis dalam bahasa arab dan semua masih boleh dibaca.

Ini beberapa Gambar dari Al-quran tersebut: