Thursday, 1 August 2013

Mayat Wanita Dijadikan Inti Karipap


Tiga suspek telah ditangkap oleh polis Brazil kerana disyaki kanibal yang telah membunuh dan menjamah tubuh sekurang-kurangnya dua orang wanita yang mereka mungkin telah jadikan inti pastri Brazil berbentuk karipap iaitu empanada, 
 
Makanan ini turut dijual kepada jiran-jiran suspek.Mereka telah dikenalpasti sebagai Jorge Beltrao Negromonte dan ElizabethPires da Silveira, kedua-duanya berusia 51, ​​dan Bruna da SilvaPolis mendakwa mereka berniat untuk membunuh tiga wanita setiap tahun.
empanada
Polis bertindak selepas dua mayat ditemui di halaman rumah ketiga-tiga mereka.Polis percaya bahawa itu adalah mayat Alexandra Falcao20 dan Gisele da Silva, 30, kedua-duanya hilang baru-baru ini.
 
Suspek telah menarik perhatian mangsa dengan menawarkan mereka pekerjaan menjaga anak dengan gaji yang lumayan sebelum menjadikan mereka mangsa apabila konon-kononnya ada semangat yang memberi amaran kepada suspek bahawa kedua-dua mangsa adalah orang yang jahat.Suspek juga mengatakan bahawa mereka "membantu" membersihkan dunia daripada manusia yang tidak baik.
 
"Butir-butir tindakan ketiga-tiga mereka, dengan lukisan dan penjelasan mengenai kanibalisme telah dijumpai di dalam buku 50 halaman yang ditulis oleh Da Silveira, suspek yang merupakan pemegang diploma dalam bidang pendidikan dan tali pinggang hitam dalam karate,"Kata Encik Honorato, jurucakap polis tempatan.
 
"Ketiga-tiga suspek juga memakan daging mangsa dengan tujuan untuk membersihkan jiwa mereka sendiri."
ads

No comments:

Post a Comment