Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Friday, 16 August 2013

Jutawan Malaysia Belanja RM 8.2 juta Satu Malam Untuk Paris Hilton


Mungkin ramai dah tahu mengenai cerita ini tetapi admin nak cerita bagi yang belum tahu. Sebenarnya jutawan negara kita Zhen Low atau Jho Low pernah ber'kapel' dengan Paris Hilton tetapi itu kes setahun lebih dulu. 



Tetapi yang membuka mata orang di Perancis adalah Zhen Low mencatat rekod baru dengan membelanjakan sehingga RM 8.2 juta hanya untuk memikat hati Paris Hilton. Dia telah membeli semua air untuk semua yang berada di dalam bar tersebut. 

Selepas berita ini tersebar, ayahnya Danny Low begitu tidak senang hati dengan kehidupan anak dia yang suka berpesta dan membazir duit. Tetapi rasanya lepas malam itu, dia tak berjaya memikat Paris Hilton. 

Kalau tak, mesti Zubir Bi-Pop dah cover story ni. Kehkehkeh.










Thursday, 8 August 2013

Jehan Miskin Kahwin Gadis Korea

Isteri Jehan Miskin iaitu Julie Camelia Rhee, menyangka bahawa aktor itu tidak mempunyai sebarang pekerjaan ketika di awal perkenalan mereka lima tahun lalu.
Julie, 29, yang mengenali Jehan, 34, di sebuah gimnasium di ibu kota berkata, rasa segan untuk bertanya mengenai karier Jehan membuatkan wanita berasal Korea itu mengandaikan sendiri pekerjaan aktor itu, sehinggalah pada temu janji kedua, dia baru tahu status suaminya sebagai selebriti.
"Pada awal perkenalan kami, Jehan yang menegur saya dahulu dan apabila saya tanya tentang pekerjaannya, dia senyap dan tidak memberikan apa-apa jawapan.

"Jadi saya anggap dirinya sedang menganggur, manalah tahu dia sensitif tentang perkara itu.
"Bagaimanapun, pada temujanji kedua kami, saya berasa pelik apabila dia sering didatangi orang yang mahu bergambar dengannya dan masa itu barulah dia cakap yang dirinya seorang pelakon," katanya.
Julie dan Jehan ditemui selepas majlis minum petang pada hari pernikahan mereka di Carcosa Seri Negara, di sini, Sabtu.
Julie yang bekerja sebagai pengurus majlis itu sudah menetap di sini sejak enam tahun lalu dan katanya, dia serasi dengan suasana budaya masyarakat di sini selain selesa menetap di negara ini.
Jehan bersama keluarga Julie yang datang dari Korea bagi menyambut majlis perkahwinan pasangan itu.
Pasangan itu telah diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai pada pukul 2.40 petang.
Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang.
Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.
Jehan pula berkata, selepas tiga tahun mengenali Julie, dia sudah mula merasakan wanita itu adalah calon isteri yang diinginkannya dan telah melamar Julie pada tahun lalu di Menara Seoul, Korea.
"Julie seorang yang sangat sederhana dan penyabar, malah saya dapat menjadi diri saya apabila bersamanya dan kami saling memahami antara satu sama lain.
"Sebelum ini saya pernah berkata pada ibu yang saya tidak akan berkahwin selagi tidak jumpa wanita yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya saya berkahwin juga dengan wanita pilihan sendiri, seorang gadis Korea pula," selorohnya.
Sementara itu, pasangan itu tidak merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera dan menyerahkan perkara itu kepada takdir.

Monday, 5 August 2013

GAMBAR COMEL ADIK EMMA MAEMBONG!



GAMBAR CUN MELECUN ADIK EMMA MEMBONG | Kakak dia dah ada pakwe. Nampaknya, adik dia pula jadi sasaran oleh lelaki-lelaki single.

HAHAHA!

#WHATEVER!







ISU BERGAMBAR DI TAB MANDI - NABILA HUDA DIKRITIK TERUK PEMINAT



GAMBAR NABILA HUDA DALAM TAB MANDI | Nabila Huda merupakan seorang pelakon sensasi yang tak pernah putus dengan kontroversi dan gosip. Sebelum ini, kisah ISU GAMBAR SEKSI NABILA HUDA DENGAN NAS-T di Langkawi mendapat kritikan hebat daripada peminat.

Terkini, di laman akaun instagram beliau, Nabila berkongsikan gambar beliau sedang mandi di dalam tab mandi. Persoalannya, siapakah yang mengambil gambar beliau  ketika itu?

Lantak dia, suka hati dia la.


GAMBAR ADIK FASHA SANDHA YANG CUN!



GAMBAR ADIK KANDUNG FASHA SANDHA YANG CANTIK MENAWAN | ADIK PEREMPUAN FASHA SANDHA | Wajah beliau juga tidak tumpah seperti kakaknya Fasha Sandha yang cantik menawan. Dikhabarkan beliau berbakat besar dalam bidang permodelan.


SEJARAH KEHIDUPAN KURT COBAIN!



Kurt Donald Cobain, seorang pemain gitar terkenal dalam kumpulan rock, Nirvana, adalah nama besar dalam arena muzik rock antarabangsa.

Perintis kepada genre muzik GRUNGE itu pernah menjadi fenomena dan kegilaan muzik rock kepada anak-anak muda pada awal tahun 90-an.

Cobain yang lahir pada 20 Februari 1967, sempat merakamkan tiga album iaitu Bleach, Nevermind dan Utero sebelum meninggal dunia pada April 1994 di usia yang terlalu muda, 27 tahun.

Menerokai sejarah hidup Cobain, umum mengetahui dia seperti mengalami masalah tekanan jiwa sejak kecil lagi akibat dari perceraian ibu bapanya ketika dia berusia tujuh tahun dan mendakwa dirinya tidak mendapat kasih sayang yang cukup.

Malah, sejak bergiat aktif sebagai artis, Cobain banyak meluahkan penderitaan hidupnya melalui lagu-lagu yang dicipta sendiri dan didendangkan ketika bersama kumpulan Nirvana.

Selain itu, terdapat juga fakta yang mengatakan Cobain mempunyai sejarah keluarga yang terlibat dalam kes bunuh diri di mana dua orang bapa saudaranya bertindak membunuh diri apabila masing-masing di temui mati dengan peluru menembusi kepala mereka.

Cobain turut mempunyai naluri ‘membunuh diri’ yang kuat apabila dia pernah merakam video yang menggambarkan dirinya meninggal dunia akibat bunuh diri.

Dalam memberikan ilham terhadap lagu yang diciptanya sendiri, ramai yang tidak tahu lagu popular ciptaan Cobain iaitu ‘Smells Like Teen Spirit’ diambil sempena dengan sejenis pewangi ketiak yang dipakai oleh Cobain sendiri.

Selain itu, Cobain tertarik dengan judul lagu itu apabila seorang rakannya telah menconteng di dinding hotel dengan perkataan ‘Kurt Smells Like Teen Spirit’ yang mendorong dia untuk terus berkarya dengan judul usikan rakannya itu.

Bukan itu sahaja, Cobain juga mengalami masalah mental yang agak serius apabila dia mengalami halusinasi yang teruk dan mendakwa mempunyai seorang ‘rakan’ yang akan menjelma dan mengarahkan dirinya untuk melakukan perkara yang tidak elok.

Ekoran dari halusinasi yang tinggi, Cobain menggelarkan dirinya sebagai ‘Boddah’ yang sentiasa berinteraksi pelik dengan ‘rakannya’ itu yang lebih mendorong dirinya untuk membunuh diri.

19 fakta lain:

1. Kurt Cobain tidak pernah menyebut kalau muziknya beraliran Grunge. Kurt sendiri benci dengan istilah “Grunge”. Dia lebih suka menyebut muziknya sebagai punk-rock atau Alternative Rock.

2. Kurt Cobain mengaku, lagu-lagu Nirvana berinspirasi dari The Beatles dan Black Sabbath. Dia mengagumi John Lennon tapi tidak suka dengan Paul McCartney.

3. lagu Polly disebut Bob Dylan sebagai lagu Nirvana paling cerdas.

4. ”Stairway to Heaven” adalah lagu pertama dia pelajari sewaktu dia mula bermain gitar.

5. Alat muzik pertama yang dimainkan Kurt Cobain waktu kecil adalah set drum plastik Mickey Mouse.

6. Album pertama Nirvana, Bleach, diambil dari poster pencegahan AIDS yang bertuliskan “Bleach Your Works”

7. diantara Poo Poo Box, Designer Drugs, Whisker Biscuit, Spina Biffida, Gut Bomb, Egg Flog, Pukeaharrea, Nirvana, Puking Worms, Fish Food, Bat Guana dan Imcompotent Fools, Kurt memilih Nirvana sebagai nama band beliau.

8. Kurt mengaku video clip lagu Heart Shaped Box terinspirasi dari mimpinya.

9. Kurt pernah tinggal bersama ayahnya di sebuah trailer. Kurt juga dibelikan Mini Bike, Yamaha Enduro 80. Mini Bike tersebut dia gunakan setiap hari keliling Seattle dan jadi perhatian orang-orang di sekitarnya.

10. Kekasih pertama Kurt bernama Roni Toyra.

11. Tahun 1982, Kurt membuat video klip berjudul Kurt Commits Bloody Suicide. Dalam video klip itu Kurt menunjukkin sisi gelap dirinya akibat perceraian orang tuanya. Ada adegan dimana Kurt mengelar pergelangan tangannya sendiri.

12. Kurt mengaku mempunya “sifat keturunan untuk bunuh diri”.

13. Dave Grohl mengaku sejak bergabung dengan Nirvana, hanya 2 kali dipuji oleh Kurt.

14. Kurt Cobain selalu mengatakan bahawa dalam muziknya yang paling penting adalah emosi, bukan skill. Dan melodi yang pertama, bukan lirik. Kebanyakan liriknya sangat meceritakan kehidupan Kurt.

15. In Utero, nama album terakhir Nirvana, diambil dari puisi Courtney Love (isteri Kurt).

16. Sebelum membunuh diri, Kurt Cobain menulis surat bunuh diri di sebuah bilik gelap. Kemudian menghisap rokok Camel Light, meminum beberapa teguk beer Barq’s dan menyuntik heroin jenis black tar ala Meksiko.

17. Shotgun yang dipakai Kurt Cobain untuk bunuh diri adalah jenis Remington-M11 yang biasa dipakai pemburu buat menembak burung.

Mamat Sepah ‘Maki’ Peminat Dalam Twitter!


“Susah ke nak mintak maaf atau tarik balik kenyataan tu?”

Itu antara luahan rasa pengguna laman sosial twitter yang kecewa dengan sikap Mamat Sepah yang bertindak ala ‘samseng’ menerusi kenyataan balasnya terhadap isu gambar babak kemalangan Zed Zaidi.

Sebelum ini, Mamat telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Zed Zaidi berlumuran darah dalam sebuah kemalangan.

Selepas itu, rakan artis Zed Zaidi, Datuk Shah Reza telah menafikan kejadian tersebut dan menyatakan itu merupakan salah satu babak lakonan dalam telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyah.

Memetik dari laman web Gua.com, beberapa pengguna laman sosial Twitter telah mengajukan persoalan kepada Mamat berkenaan isu gambar tersebut.


Namun, rata-rata peminat hiburan tanah air sedikit kecewa dengan tindakan Mamat yang bertindak membalas kenyataan yang berunsur negatif dan berbaur ugutan.

Bukan itu sahaja, Mamat seperti mahu bertentang mata dan bertumbuk dengan pengikut laman sosialnya.

Berikut merupakan antara kenyataan balas Mamat kepada persoalan yang diajukan kepadanya.

“@Hazrey kimak la ko ni…”

“@MrKhaidil lu kasi turun ramai2 kerabat2 lu…gua skejap je blg dpt detail lu klu wa mngidam sgt nk lu bro..lu pkir dlu sblm nk terjah gua”

“@IzhamIsmail mehh la jmpe dlu bru tau”

“@MrKhaidil jom bro jmpe…wa nk tgk muke lu barai ke x wa buat..pengecut la setakat ckp beso kt cni…face to face laaa”


Nampak seperti Mamat terlalu cepat melatah dengan situasi yang berlaku.

Penulis sendiri tidak pasti kenapa Mamat perlu meluahkan kata-kata sebegitu sedangkan dia boleh menjawab secara baik serta memohon maaf kepada semua.

Khabarnya juga, akaun laman sosial Twitter Mamat Sepah @mamatsepah telah tidak aktif.

Pandangan penulis, tidak menjadi isu besar jika Mamat memohon maaf kepada semua dan menjadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran supaya tidak berulang pada masa akan datang.

Sunday, 4 August 2013

GAMBAR EMMA MA'EMBONG DICIUM!


FOTO EMMA MA'EMBONG DICIUM LELAKI | Nama Emma Ma’embong hangat seketika apabila kontroversi melanda pelakon itu, dulu dikatakan dia menolak lamaran yang diberi oleh Metrowealth International Group (MIG). 

Gambar pelakon ini telah tersebar luas di laman sosial, blog dan seluruh malaysia, yang hangatnya gambar Emma Ma’embong berpelukan dengan teman lelakinya dan berpakaian seksi.

Saya cuba mendapat kebenaran sama ada gambar itu betul atau tipu, ternyata gambar itu betul dan telah di sahihkan sendiri oleh tuan punya badan.

Menurut penjelasan Emma "Memang betul gambar itu gambar saya bersama teman lelaki saya, tapi itu kisah lama dan gambar itu diambil masa saya berumur 15 tahun. 

Masa Emma muda dulu fikiran belum matang lagi, apa yang rakan-rakan pakai mesti Emma nak juga, masa tu Emma cepat terpengaruh. 

Kita semua ada sejarah silam yang pahit, tapi ia mengajar Emma menjadi lebih baik apabila meningkat dewasa. 

Emma minta maaf atas keterlanjuran kisah silam, Emma baru 5 bulan dalam industri ini".

Berikut gambar Emma Ma’embong dan teman lelakinya.




KARIER BETO KUSYAIRY SEBELUM MENJADI PELAKON!


PEKERJAAN BETO KUSYAIRY SEBELUM BERLAKON - PERNAH JADI DREBAR ERMA FATIMAH | Jika sebelum ini Beto Kusyairy, 33 atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan bin Osman pernah mendedahkan cerita bahawa dia pernah menjadi maskot untuk rancangan kanak-kanak ALONG yang memerlukannya menyarungkan sut panas berupa seekor kucing sebelum dia aktif berlakon, rupa-rupanya dia juga pernah menjadi pemandu atau drebar kepada seorang pengarah terkenal, Erma Fatima.

“Dulu ketika belajar Diploma Perhotelan di UiTM Shah Alam, saya sering menggunakan masa cuti saya bekerja untuk mencari wang saku. Antara pekerjaan yang sering saya lakukan adalah bekerja bersama produksi filem.

“Ada sekali penggambaran itu saya telah ditugaskan menjadi pemandu untuk Erma Fatima datang dan pulang dari lokasi. Sebagai seorang yang pemalu, sudah tentunya perkara yang sukar bagi saya adalah berhadapan dengan kamera.

“Tetapi yang anehnya saya menyukai dunia lakonan. Kerana pada saya setiap watak yang diberikan memberi saya peluang menyelami setiap karektor itu. Dengan serta-merta perasaan malu itu hilang begitu sahaja.

“Sedikit demi sedikit peluang yang diberikan pengarah dan penerbit filem tempatan membawa nama saya ketahap sekarang,”ujarnya ketika ditemui sewaktu penggambaran filem CEO sekitar Damansara Heights, Jumaat lalu.

Bermula dengan filem Syaitan, KAMI The Movie, Chow Kit, Jiwa Taiko hingga Istanbul Aku Datang yang benar-benar menguji kebolehannya itu sehinggalah ke drama sepertui Geng Surau, lakonannya terus diingati dan kini dalam diam Beto memasang angan-angan untuk duduk dikerusi pengarah pada satu hari nanti.

Rozita Che Wan Pernah Jalani Pembedahan Besarkan Payudara?


Rozita Che Wan Pernah Jalani Pembedahan Besarkan Payudara | Dia menjawab dakwaan segelintir peminat hiburan di utara tanah air kononnya dia pernah menjalani pembedahan rekonstruktif payudara akibat barah sebelum menjadi artis.

Saya tak pernah menjalani pembedahan untuk kecantikan tubuh mahupun wajah,” kata aktres popular, Rozita Abu Bakar @ Che Wan atau lebih popular dengan panggilan Cik Ta.

Alasan diberi ialah, setiap kali bergambar, pelakon kelahiran Alor Setar, Kedah ini hanya akan mengiring ke kiri bagi memastikan kedudukan tubuhnya stabil dan perkara itu tidak disedari umum.

Ada pihak percaya dakwaan itu memandangkan pada 2008, Che Ta dilaporkan menjalani pembedahan kecil dan ditahan di hospital selama 10 hari. Ia dikatakan berpunca daripada kanser usus, namun masih di peringkat awal.

Selain itu, dia turut didakwa ‘mengikat perut’ dengan memakai dua lapis korset bagi membolehkan tubuhnya kelihatan langsing dengan dada gebu dan tegang.

Ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, Che Ta yang kini sibuk menjalani rakaman program Primadona berkata, dakwaan itu tidak benar kerana dia sering menghalakan tubuh ke kiri apabila bergambar disebabkan keadaan dirinya yang kidal.

“Selalunya apabila bergambar, saya akan ikut keselesaan tubuh. Tambahan pula saya kidal. Rambut yang didandan selalunya mengikut belah kiri juga menjadi faktor mengapa saya hanya akan bergambar di sebelah kiri atau mengiring tubuh ke arah itu.

“Pada waktu sama, saya tak pernah memakai korset dua lapis. Apa yang peminat tengok, itulah keadaan tubuh saya,” katanya kepada Metro Ahad.

Che Ta turut meluahkan rasa kecewanya apabila ada pihak membuat dakwaan berkenaan, apatah lagi ia ibarat mempermain-mainkan keadaan kesihatannya.

“Saya mahu tanya kembali kepada mereka yang menimbulkan spekulasi sedemikian, kenapa manusia tidak boleh terima anugerah dan kejadian Tuhan yang sempurna. Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan, tapi mempertikaikan ciptaan Tuhan bermakna mereka tak pernah bersyukur,” kata pelakon berusia 41 tahun itu.

Pelakon jelita itu turut menyifatkan dakwaan itu disebabkan sifat dengki kerana ada pihak tidak puas hati melihat orang lain mempunyai kelebihan.

“Pada saya, kita jangan busuk hati kalau nampak orang lain lebih. Sepatutnya kita menjadikan kelebihan dimiliki itu sebagai sumber inspirasi.

“Mengambil contoh, jika ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu dan ini.

“Sebaliknya, jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik dan sihat sepertinya,” kata ibu kepada Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 13, ini.

Pelakon yang turut dikaitkan punya hubungan ‘istimewa’ dengan pelakon muda, Zain Saidin ini menegaskan, kecantikan wajah dan tubuh dimiliki juga bergantung kepada usaha.

“Badan saya kalau berisi sikit, saya tak akan makan banyak selain melakukan senaman sekerap mungkin.

“Bagi menjaga tubuh, kita kena berusaha. Apatah lagi kebaikannya untuk diri kita sendiri kerana apabila kerap bersenam, tubuh menjadi sihat dan secara tak langsung akan menyerlahkan kejelitaan wajah,” kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Manjalara ini.

Che Ta turut menegur pihak yang sering mempertikaikan kelebihan dan kemewahan dimilikinya dengan mendakwa kononnya dia dibela orang kenamaan (VIP).

“Tahukah mereka bahawa saya mahupun artis lain bekerja siang malam untuk mendapatkan rezeki. 

“Fikirlah kalau seseorang itu bekerja siang malam, tidakkah dia boleh hidup senang.

“Allah menyatakan bahawa Dia akan memberikan rezeki kepada hamba-Nya yang berusaha dan sabar,”katanya.

Enggan berasa tertekan dengan apa diperkatakan orang keliling mengenainya, Che Ta berkata, dia cuba melihat segala tuduhan itu daripada sudut positif.

Katanya, setiap orang ada hak untuk bersuara dan memberikan pendapat, namun biarlah berpada-pada dan tidak melampaui batas.

Bercerita mengenai kerjaya terbarunya sebagai pengacara bergandingan dengan aktres popular lain iaitu Erra Fazira, Raja Azura dan Ziela Jalil mengendalikan Primadona, Che Ta berkata, dia mula berasa seronok, apatah lagi pihak produksi merancang menyambungnya sehingga 52 episod.

“Setakat ini, kami menjalani rakaman untuk tujuh episod. Maklum balas diberikan peminat sungguh memberangsangkan. 

“Memang Primadona mengambil konsep program bual bicara The Views, tapi daripada sudut corak persembahan sangat berbeza.

“Yang seronoknya, selain bergandingan dengan pelakon popular dan berpengalaman, saya dapat menjadi diri sendiri sepanjang mengendalikan rancangan bual bicara ini.

“Ia bukan lakonan di mana saya membawa karakter orang lain, sebaliknya saya benar-benar menjadi diri sendiri. Malah, sewaktu berbicara juga saya kekal dengan dialek utara iaitu tanah kelahiran saya,” katanya.

HIMPUNAN GAMBAR ASLI ARTIS MALAYSIA TANPA MAKEUP!

KOLEKSI GAMBAR ARTIS MALAYSIA TANPA MAKEUP | GAMBAR TANPA ALAT SOLEK ARTIS NORA DANISH, LISA SURIHANI, NUR FAZURA, SITI NURHALIZA, EMMA MAEMBONG, NEELOFA, UMIE AIDA, SITI SALEHA LIYANA JASMAY, SCHA AL-YAHYA.

Kalau sudah nama pun artis, penampilan yang cantik dan menarik sememangnya penting. 

NORA DANISH



LISA SURIHANI

NUR FAZURA

SITI NURHALIZA

EMMA MAEMBONG

NEELOFA

UMIE AIDA

SITI SALEHA

LIYANA JASMAY