Showing posts with label paranormal. Show all posts
Showing posts with label paranormal. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey

Sebelum tu jom layan video Mona Fandey ketika sebagai penyanyi satu masa dahulu.




Seram Kan?? Cuba pahami lirik lagu tersebut kalau berani. Siapa yang tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang.






Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar  bunyi itik.

Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.

Misteri Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey
Jenazah Allahyarhamah Mona Fandey sedia utk dikebumi

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.

Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.

“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.

“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.

Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam.

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.

“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.

“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.

Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.

Sunday, 26 May 2013

Gempar! Budak Menangis Air Mata Darah di Kabupaten

“Kalau kau menangis keluar air mata darah sekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalam drama-drama Melayu pada masa kini. Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku. Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.

Seorang kanak-kanak yang berasal dari Kabupaten Majalengka ‘indonesia' ini menderita sejenis penyakit yang aneh sejak kecil. Cila selalu mengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis.

Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir,

“Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika.

Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah.

“Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia.

Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS.

“ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, “jelas dia.

Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres,
“Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia.

Sumber : Bucuk.org

Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.

Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar. Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung. Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar. Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.

Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat. Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.

Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.

Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu. Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :









9 Foto Budak Sekolah Melayu Zaman Sekarang

Gambar yang diterima melalui email ini memaparkan ragam budak-budak sekolah dan Facebook. Tangkap gambar bukan-bukan, then upload semua masuk dalam Facebook. Entah apa yang nak dibanggakan..



Lagi gambar..






Saturday, 25 May 2013

Anak Babi Paling Pelik Di Dunia (3 Gambar)



Seekor babi di China baru-baru ini melahirkan lima ekor anak babi. Apa yang pelik ialah satu dari anak babi tersebut memiliki wajah seperti monyet. Babi tersebut adalah kepunyaan satu keluarga yang tinggal di desa Fengzhang.

Para pengkaji mengatakan keadaan anak babi yang aneh tersebut kemungkinan disebabkan oleh sebuah kecacatan yang disebut sebagai holoprosencephaly, sebuah kelainan pada perkembangan otak yang dapat menyebabkan cyclopia (keadaan yang menyebabkan mata tidak terpisah dengan sempurna).

Pemiliknya pada mulanya ingin membuangnya, namun anaknya menyukai anak babi tersebut dan ingin memeliharanya. Sekarang, anak babi itu menjadi tarikan pelancong. Babi yang serupa juga pernah lahir di wilayah Watuliney, Manado, Indonesia



Wednesday, 22 May 2013

Tips Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun Menjadi Jutawan Dalam Masa 6 Minit

Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.

Ia dicipta pada November 2012.



Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).

Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.

Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.

Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

D’Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: “@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!

“Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya.”

Akhbar London Evening Standard menyatakan, D’Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.

“Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang,” kata D’Aloisio.

Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D’Aloisio berkata” “Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.

“Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.

“Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja.”

D’Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.

Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.

Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D’Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: “Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan

Tuesday, 21 May 2013

Kejam! Gambar Pengniayaan Pembantu Rumah di Negara Arab Saudi

Di bawah ialah gambar sadis seorang pembantu rumah yang disumbah seperti kargo dibelakang kenderaan milik majikan beliau di Arab Saudi. Pada awalnya gambar ini muncul di laman media sosial Arab Saudi sebelum tersebar ke Indonesia. Ini menimbulkan amarah melampau yang kita sedia maklum ramai orang indo mewarisinya. Kami dari Rimba Bara rasa bersimpati dengan amah-amah Indonesia di sana.

Gambar Adegan Hukuman Gantung Ini Sungguh Mengerikan

Ini adalah gambar-Gambar adegan hukum gantung pelaku pembunuhan Presiden AS, Abraham Lincoln. Mereka dihukum gantung pada 7 Julai 1865. Mereka adalah Lewis Powell, David Herold, George Atzerodt, dan Mary Surratt. Mereka dihukum gantung di Fort McNair, Washington DC.







George Atzerodt



Mary Surratt



Lewis Powell



David Herold



peti mayat yang sudah disiapkan

Mari Mengintai Apa Yang Ada di Dalam Bilik Gadis Comel Jepun

 
Semua tahu bahawa pegangan hidup atau etika orang Jepun memang tip top. Tengok sahaja kes bencana alam tsunami di Jepun. Tak sampai sebulan, diorang naik balik. Nasihangit tabik dekat Jepun. Kali ni nasihangit nak ajak korang untuk pergi skodeng bilik orang Jepun. Nak tak? Bilik je, awek tak masuk skali. Muahaha :D. Jom kita ushar bilik remaja Jepun dekat bawah ni.
 

Gambar Kesilapan Harian Metro Yang Paling Memalukan

Gambar kesilapan Harian Metro yang paling memalukan. Mugkin sesuatu yang pelik dan menghairankan jika anda tidak mengenali akhbar Harian Metro iaitu akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia.

Harian Metro sejak dahulu lagi telah menjadi pilihan pembaca rakyat di Malaysia. Namun, baru-baru ini akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia ini mendapat malu apabila satu artikel di bahagian“setempat” mempunyai kesilapan ejaan.

Sepatutnya ejaan “angin kencang” tetapi kesilapan ejaan itu menjadi “angin kencing”. Sepatutnya kesilapan ini tidak berlaku kerana akhbar Harian Metro merupakan akhbar pilihan nombor satu pembaca di Malaysia.

Sebagai editor akhbar Harian Metro seharusnya menitikberatkan mengenai ejaan yang ditulis di dalam akhbar itu dan “typing error” dapat dielakkan.

9 ALAT KECANTIKAN YANG TIDAK MASUK AKAL

WANITA dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan, pincanglah lagu, pincanglah irama.Begitulah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan. Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan.hahaha tidak hairan lah kalau gadjet2 kecantikan ini pelik2 kan..