Thursday, 1 August 2013

Bujang Senang Bermanja Dengan Manusia!


Gambar-gambar di bawah bukan rekaan semata-mata! Ia merupakan kisah benar!
Seorang lelaki bermain dengan seekor buaya yang besar. Sebelum ditemukan, bujang senang itu hampir mati namun dapat diselamatkan oleh lelaki tersebut. Nama lelaki ini adalah Chito, dan buaya besar itu dinamakan Pocho!

"Meh kiss sikit!" Chito.
"Grrr.." Pocho

Dua puluh tahun lalu Chito menemukan bujang senang ini di sungai dengan keadaan cedera dan hampir mati kerana tembakan senjata api. Chito mengambil keputusan untuk menyelamatkan buaya terbabit dan menaikkannya ke dalam perahunya dan terus membawanya pulang ke rumah untuk diubati.

"Meh geli-geli!" Chito.
"Grrr.." Pocho.
“Setiap malam aku tidur di sebelah Pocho ketika dia cedera. Aku melayannya dengan penuh kasih sayang,” kata Chito.

"Lek lu! Nak buang lumut ni!" Chito.
"Grrr.." Pocho.

Chito dikatakan mengambil masa lapan tahun untuk saling memahami Pocho. Sekarang dia sudah boleh berenang bebas bersama Pocho di kolam. Waktu memberinya makan pun Chito terus masuk ke dalam air dan kelihatan Pocho kegembiraan. Persahabatan di antara manusia dengan bujang senang ini menjadi tatapan dan tontonan para pelawat yang hadir. 

"Amenda ni? Apesal ada luka? Jawab! Jawab cepat!" Chito.
"Grrr.." Pocho.
 Semoga hubungan Chito dan Pocho akan terus berkekalan hingga ke akhirnya!

No comments:

Post a Comment