Showing posts with label aneh. Show all posts
Showing posts with label aneh. Show all posts

Friday, 9 August 2013

SUBHANALLAH! - KUASA ALLAH. AYAM DISEMBELIH TIDAK MATI (2 GAMBAR)

Pelik ayam yang sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.


Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.




Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.

OMG! - BEBOLA MATA GERGASI DITEMUI DI PERSISIR PANTAI FLORIDA (3 GAMBAR)

 Bola mata gergasi ditemui di pantai Amerika Syarikat menjadi tanda tanya dan misteriapabila mata gergasi sebesar bola lisut tersebut di temui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.


GAMBAR yang disiarkan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida kelmarin menunjukkan bola mata gergasi yang ditemui di Pantai Pompano, Florida.

Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.




Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.

Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan.

ANEH! - BUAH MENYERUPAI TUBUH GADIS DI THAILAND (4 GAMBAR)

Kalau sebelum ini tao pernah tunjukkan kat korang pembuatan buah pear yang berbentuk sami buddha, tapi kali ini tak tahu dimana... katanya area Thailand... semasa keluar dr bunga buahnya menyerupai tubuh seorang gadis.. apabila besar ia menjadi berupa muka manusia.. pelik sgt2.. namun inilah kekuasaan Allah..





this is amazing tree named "Nareepol" in Thai.. . Naree means "girl/woman" and pol means plant/tree or "buah" in Malay... it means women tree.. it is amazing what God create the World in many forms that amused human beings...

ANEH!- RIBUAN BEBOLA JELI UNGU MISTERI DITEMUI DI ARIZONA (4 GAMBAR)

 Aneh, ribuan bebola jeli unggu misteri di temui di Arizona membuatkan penduduk tempatan di daerah Tuscon bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul di tengah-tengah padang pasir Arizona.


Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu pada Ahad lalu ketika sedang bersiar-siar.


"Kami telah mengambil gambar di sekitar kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang ini?" kata Geradine. "Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari".

"Ia merupakan perkara yang tidak pernah dilihat oleh awak sebelum ini". Sesetengah bebola tersebut kelihatan berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.

"Kami telah mengirimkan email kepada seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak tahu apakah benda itu" ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. "Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut"

Pihak pemberita memeriksa bebola aneh berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti 'guli yang melekit dan mengeluarkan air apabila dipicit'.

Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan suatu yang semulajadi, ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.

Ada yang mengandaikan bahawa bebola tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.



PELIK! - BULATAN PELIK SEPERTI MATA DITEMUI DI PADANG PASIR (3 GAMBAR)

Ini satu kejadian yang misteri apabila dijumpai bulatan pelik seperti mata di jumpai di padang pasir. Banyak pulak perkara pelik yang dijumpai di padang pasir. Kalau sebelum ini tao ade tunjukkan kejadian pelik apabila hutan dijumpai di bawah padang pasir, bebola jeli unggu misteri dijumpai di padang pasir, dan bermacam lagi.


Gambar Bulatan pekeliling terkemuka di padang pasir Sahara Mauritania telah menarik perhatian sejak misi angkasa terawal kerana ia membentuk seperti "mata" dalam dalam bentuk yang sangat besar di padang pasir.

Digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai seperti fosil outsized di padang pasir, struktur, yang mempunyai diameter hampir 30 kilometer, telah menjadi satu mercu tanda bagi krew ulang-alik. Pada mulanya ditafsirkan sebagai satu struktur impak meteorit kerana tahap yang tinggi bundar, ia kini dianggap sebagai meningkatkan simetri yang telah didedahkan oleh hakisan. Quartzites Paleozoic membentuk.




TAOTAUAJER : Subhanallah menakjubkan, kejadian alam yang membentuk satu simetri yang telah disebabkan oleh hakisan dengan skala yang besar. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa

Monday, 5 August 2013

Misteri kisah Aishah Masih Hidup!

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap ‘flash’ yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.


Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, “Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!”

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.

Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.

MM : Adeyh, buat seram pulak ko ni malam-malam! Mengarut betul!

Budak Berusia Setahun Sudah Mengandung!


Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan didapati terdapat satu objek seperti bayi dalam kandungan dalam perutnya.

Dunia memang makin pelik dan makin banyak misteri manusia yang tidak masuk akal. Yang ini benar – benar budak pelik 1 tahun tetapi hamil.


Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya.

Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar budak pelik setahun yang mengandung.



Sunday, 4 August 2013

GAMBAR IKAN BERKEPALA BABI POPULAR DI INTERNET!


GAMBAR IKAN BERKEPALA KHINZIR SENSASI DI INTERNET | Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang.

Mana mungkin Ikan dengan Babi boleh mengawan?

Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah.



Thursday, 1 August 2013

Gambar Makhluk Pelik Ditemui Di Seoul!


Sebelum ini, berita di Korea Selatan pernah mengemparkan seluruh rakyat di bandar Kyungnam Tongyeong dengan satu penemuan makhluk misteri di sungai bandar mereka. Mahkluk ini adalah sepanjang 4 meter dan beratnya mencecah 30 kg. Jom lihat gambar di bawah ini.

Click an image to enlarge!
Mahkluk ini telah ditangkap dan tengah dibedah siasat di Ulsan Korea. Ramai yang tertanya-tanya mengenai spesis yang ditemui. Ada yang beranggapan ia merupakan spesis haiwan hidupan air kerana mati ditemui di sungai. 

Click an image to enlarge!
Akal manusia tidak mampu untuk menafsirkan dari mana spesis ini datang. Namun semuanya boleh ditemui melalui kajian. Namun semua ini adalah ciptaan Allah SWT. Kita hanya perlu mengakui tentang kebesaran Allah. 

KISAH MAYAT 9 PEMIMPIN YANG DIAWET!


KISAH 9 MAYAT PEMIMPIN YANG DIAWET | Inilah kisah 9 pemimpin yang mayat mereka diawet dan timbul persoalan kenapa mayat mereka perlu diawet. Jika anda ingin mengetahui kenapa mayat pemimpin ini diawet, baca kisah selanjutnya yang bertajuk kisah mayat 9 pemimpin yang diawet di bawah.

Vladimir Lenin
Vladimir Ilyich Lenin adalah ahli politik dan pemimpin terkenal dari Kesatuan Soviet pada 1917. Dia meninggal pada 1924. Lenin diserang stroke beberapa kali setelah ditembak musuh politiknya, Fanny Kaplan.

Sebelum meninggal Lenin sebenarnya berwasiat untuk dimakamkan di samping makam ibunya. Namun diktator Joseph Stalin tetap membenarkan rakyatnya untuk menziarahi jasad Lenin. Kerana yang datang makin banyak, maka kerajaan Kesatuan Soviet memutuskan untuk tidak menanam dan mengawetnya.

Kemudian jasad Lenin disemayamkan dalam peti kaca di Mausoleum Lenin, yang terletak di Lapangan Merah Moscow. Hingga kini, masih banyak orang melawat jasad Lenin di Mausoleum itu.

Gereja Ortodoks Rusia telah meminta Moscow untuk menguburkan jasad Lenin berdampingan dengan keluarganya melalui proposal yang dihantar. Namun hingga kini tak ada jawapan rasmi dari Kerajaan Rusia.

Kim Il Sung
Bapa pengasas bangsa Korea Utara meninggal pada 8 Julai 1994 kerana serangan jantung. Jasadnya kemudian dibalsem dan disemadikan di peti kaca.

Jasad Kim Il Sung kemudian dibaringkan di Mausoleum Istana Kumsusan, Pyongyang yang dirasmikan tepat setahun selepas itu.

Ho Chi Minh
Pemimpin dan pengasas negara Vietnam ini meninggal kerana serangan jantung pada 2 September 1969 di Hanoi, tepat ketika Dirgahayu Republik Demokratik Vietnam ke-44. Pada ketika itu masih Perang Vietnam. Jasad Paman Ho, demikian rakyat Vietnam akrab memanggilnya, dibalsem dan disemadikan di Mausoleum Ho Chi Minh, di Lapangan Ba Dinh, Hanoi.

Kini Mausoleum Ho Chi Minh masih diziarahi baik oleh warga Vietnam dan pelancong dari luar negara.

mao Zedong
Pemimpin dan pengasas negara Republik Rakyat China (RRC) ini meninggal pada 9 September 1976. Jasadnya kemudian dibalsem dan ditempatkan di peti kaca di Mausoleum Mao Zedong, yang terletak di salah satu sisi Lapangan Tiananmen, Beijing, China

Padahal Mao pernah berwasiat bahawa dia ingin dibakar dan menjadi salah satu daripada pejabat tinggi China pertama yang menandatangani proposal bahawa 'Semua Pemimpin Pusat di China dibakar Setelah Mati' pada November 1956.

Ferdinand Marcos
Pemimpin diktator Filipina, Ferdinand Marcos, meninggal pada tahun 1989 di Honolulu, Hawaii, AS kerana penyakit buah pinggang, jantung dan paru-paru. Ketika itu Marcos memang sedang dalam pelarian ke luar negeri.

Akhirnya Kerajaan Filipina membenarkan jasadnya dibawa kembali ke negara itu pada 1993. Si isteri, Imelda Marcos memperjuangkan agar Kerajaan Filipina membenarkan suaminya dikebumikan di taman makam presiden. Namun nampaknya gagal.

Jasad Marcos kemudian diawetkan dan diletak di ruang bawah tanah yang disejukkan dalam mausoleum peribadi Byodo-In di Pulau Oahu, barat daya Filipina pada 1996 hingga kini.

Joseph Stalin
Penerus Vladimir Lenin, iaitu Joseph Stalin meninggal kerana stroke-yang dicurigai diracun dengan racun tikus warfarin oleh salah satu dari musuh politiknya-pada 5 Mac 1953 dan kemudian dibalsem pada 9 Mac 1953. Jasad diktator Soviet ini kemudian diawetkan dan diletak di sebelah Lenin di Mausoleum Lenin hingga 31 Oktober 1961.

Setelah itu Kerajaan Soviet memerintahkan jasad Stalin dipindahkan dari Mausoleum Lenin dan dikuburkan di Tembok Kremlin. Pekara ini terjadi pada masa de-Stalinisasi oleh penggantinya ketika itu Nikita Krushcev, masa di mana mengurangkan dan menghilangkan pengaruh Stalin dari perpolitikan di Soviet.

Tidak hanya memindahkan jasad Stalin untuk dikebumikan, sejumlah nama tempat dan nama jalan yang mengandungi kata 'Stalin' pun diubah. Seperti, Stalingrad menjadi Volgograd, Stalinabad menjadi Dushanbe.

Kim Jong II
Pemimpin Korea Utara (North Korea) Kim Jong Il meninggal pada usia 82 kerana serangan jantung pada akhir 2011. Pada Januari 2012, Korea Utara mengumumkan jasad Kim Jong Il diawetkan dan disemayamkan dalam peti kaca di Mausoleum Istana Kumsusan, Pyongyang, di tingkat di bawah Kim Il Sung, ayahnya.

Evita Peron
Pemimpin Spiritual Argentina ini meninggal dunia pada usia 33 tahun kerana penyakit kanser pada 26 Julai 1952. Ketika itu suaminya, Juan Peron masih berkuasa menjadi Presiden Argentina. Jasad Evita dibalsem dengan menggantikan gliserin sebagai darahnya dan menurut doktor yang membalsem, jasad Evita 'tak dikorupsi sama sekali'.

Jasad Evita kemudian dipamerkan dalam peti kaca di pejabatnya ketika masih hidup selama 2 tahun. Monumen untuk persemayaman Evita sedang dibina oleh Juan Peron. Tetapi belaku rampasan kuasa. Jasad Evita telah ghaib secara misteri selama 16 tahun. Dari 1955-1971, kerajaan tentera yang diktator melarang rakyatnya untuk menyimpan benda yang berkaitan dengan Evita dan Peron.

Hingga terungkap tahun 1971, kerajaan tentera memindahkan jasad Evita di ruang bawah tanah di Milan, Itali dengan nama 'Maria Maggi'. Ketika itu Juan Peron yang sedang dalam buangan di Sepanyol akhirnya membawa jasad Evita dan disimpan di ruang makannya di Sepanyol.

Peron kembali ke Argentina tahun 1973 dan kembali menjadi Presiden . Peron meninggal pada 1974 dan terus digantikan isteri ketiganya Isabel Peron, yang sebelumnya menjadi wakilnya. Akhirnya oleh Isabel, jasad Evita dan Peron dikebumikan di makam keluarga, Pemakaman La Recoleta.

Hugo Chavez
Presiden Venezuela Hugo Chavez meninggal pada 5 Mac 2013 selepas berjuang mengatasi penyakit kanser selama 2 tahun . Naib Presiden Nicolas Maduro mengatakan bahawa jasad Chavez akan dibalsem dan dipamerkan di dalam gelas kaca dalam Muzium Revolusi yang tidak jauh dari Istana Presiden Miraflores.

"Kami memutuskan untuk mengawetkan jasad 'Comandante President' agar sentiasa terbuka setiap waktu pada rakyatnya. Seperti Ho Chi Minh, seperti Lenin, seperti Mao Zedong," kata Maduro pada Khamis (8/3/2013) lalu.

Setelah diawetkan, jasad Chavez akan dimasukkan dalam peti kristal di Muzium Revolusi.

Presiden Hugo Chavez sangat dicintai rakyatnya kerana beliau berjaya menasionalisasi pelbagai syarikat asing di Venezuela, menggratiskan kos pendidikan hingga perguruan tinggi, serta mengurangkan angka kemiskinan hingga 75% dengan pelbagai polisi yang pro rakyat miskin. Polisi luar negeri juga tak luput dari perhatiannya, ia membahagi-bahagikan sumber minyak Venezuela kepada negara amerika latin untuk mengangkat ekonomi, Ia juga terkenal sebagai peribadi yang anti Amerika, bahkan Venezuela dimasa kepemimpinannya keluar dari ahli IMF dan Bank Dunia yang notabene adalah produk Amerika .


Bujang Senang Bermanja Dengan Manusia!


Gambar-gambar di bawah bukan rekaan semata-mata! Ia merupakan kisah benar!
Seorang lelaki bermain dengan seekor buaya yang besar. Sebelum ditemukan, bujang senang itu hampir mati namun dapat diselamatkan oleh lelaki tersebut. Nama lelaki ini adalah Chito, dan buaya besar itu dinamakan Pocho!

"Meh kiss sikit!" Chito.
"Grrr.." Pocho

Dua puluh tahun lalu Chito menemukan bujang senang ini di sungai dengan keadaan cedera dan hampir mati kerana tembakan senjata api. Chito mengambil keputusan untuk menyelamatkan buaya terbabit dan menaikkannya ke dalam perahunya dan terus membawanya pulang ke rumah untuk diubati.

"Meh geli-geli!" Chito.
"Grrr.." Pocho.
“Setiap malam aku tidur di sebelah Pocho ketika dia cedera. Aku melayannya dengan penuh kasih sayang,” kata Chito.

"Lek lu! Nak buang lumut ni!" Chito.
"Grrr.." Pocho.

Chito dikatakan mengambil masa lapan tahun untuk saling memahami Pocho. Sekarang dia sudah boleh berenang bebas bersama Pocho di kolam. Waktu memberinya makan pun Chito terus masuk ke dalam air dan kelihatan Pocho kegembiraan. Persahabatan di antara manusia dengan bujang senang ini menjadi tatapan dan tontonan para pelawat yang hadir. 

"Amenda ni? Apesal ada luka? Jawab! Jawab cepat!" Chito.
"Grrr.." Pocho.
 Semoga hubungan Chito dan Pocho akan terus berkekalan hingga ke akhirnya!

Ikan Barreleye Kepala Lutsinar



Ianya sangat pelik apabila melihat ikan laut dalam dipanggil Barreleye yang mempunyai kepalalutsinar dan mata yang berbentuk tiub. Walaupun terdapat dua bonjolan di atas mulut ikan itukelihatan seperti mata sebenarnya tidak.Barreleye Itu (Macropinna microstoma) sangat peka kepada cahaya dengan matanya yang bolehberputar dalam perisai lutsinar yang berisi cecair di kepala. Mata tiub ikan adalah dihadkan olehkanta hijau cerah. Mata akan berkeliaran apabila ikan sedang mencari makanan . Merekabergerak ke hadapan apabila ikan itu makan. Kedua-dua tempat di atas mulut ikan adalah organpenghidu dipanggil nares, yang mirip dengan hidung manusia. Walaupun barreleye menghala ke bawah, tetapi matanya masih melihat lurus ke atas.
  Semua spesies di dalam keluarga Opisthoproctidae ini dikenali kerana mempunyai ultra-sensitifmata berbentuk tiub yang menghadap ke atas, juga disesuaikan untuk mengumpul cahaya.Menggunakan kenderaan beroperasi jauh saintis telah dapat melihat barreleyes dalam lautan di antara 600 dan 800m. Mendapati bahawa mata Macropinna boleh berputar dalam perisai lutsinaryang meliputi kepala ikan, membenarkan ia untuk melihat apa sahaja yang ia mahu.Selain "topi" mereka yang mengagumkan, barreleyes mempunyai pelbagai penyesuaian lain yang menarik untuk kehidupan laut dalam. Sirip rata mereka yang besar, membolehkan mereka terusbergerak hampir di dalam air, dan membolehkan bergerak dengan tepat. Mulut kecil merekamenunjukkan bahawa mereka boleh menjadi sangat sesuai dan sedia dalam menangkapmangsanya kecil. Di sisi lain, sistem penghadaman mereka yang sangat besar, yang manamenunjukkan bahawa mereka boleh makan pelbagai jenis haiwan kecil hanyut dan juga jeli.