Showing posts with label santet. Show all posts
Showing posts with label santet. Show all posts

Sunday, 26 May 2013

Seram! Makhluk Halus Merangkak Di KM 20.6 Lebuhraya Kulim?

KULIM – Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku ‘selain daripada’ itu?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.
Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.
Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan mautantaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka
KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.
Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.
Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu ‘inginkan’ mangsa.
“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

“Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.
“Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak
Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.
Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.
“Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya
Kira-kira jam 4 pagi semalam 21/5/13, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.
Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.
Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.
Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian. – Sinar Harian

Saturday, 25 May 2013

Gempar! Ini dia harga Lamborghini sama dengan Harga Perodua Viva



2003 Lamborghini Murcielago ini telah dijual di Ebay pada harga RM36,000 sahaja. Lebih murah dari sebuah kereta Myvi SE!

#Siapa sanggup beli? Hahahahah








Tuesday, 21 May 2013

Apabila Nora Danish & Rusdy Ramli Berpelukan Atas Katil



Segar mata kami pagi ini apabila sebuah babak panas Nora Danish & Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, ‘Mencari Cinta’.

‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain. Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.

Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.

Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan?

Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.

Apa pun, idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.

Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.

Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.

Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013. Saksikan trailer di sini.

Monday, 20 May 2013

Asal usul, cara bermain, risiko spirit of the coin

hai..sebenarnye dah lama nak naik entri pasal spirit of the coin ni. tapi biasa lah, dok bertangguh tak tentu hala kan. sape pernah main permainan ni? aku bet mesti most of korang pernah main kan? acually, aku pun pernah main benda ni, tapi time bodo-bodo dulu lah kan dan tak tau benda ni syirik laknatullah. hehe.

aku main dulu siang hari je, kat sekolah agama lak tu kan. mana laa spirit nak muncul. hantu kak limah pun taknak kan. time tu budak-budak lain pergi solat asar kat masjid sebelah sekolah tu, kebetulan aku dengan ade 3-4 orang tak pergi sebab tolong cikgu ape ntah aku lupa. lepas tu datang lah idea bodoh nak main benda tu. aku main je lah. tapi aku rasa bukan spirit tu yang gerakkan syiling tu. ade sorang kawan aku ape ntah aku lupa nama dia. dia yang gerakkan. sebab time tu kawan aku tanya sape pakwe dia sekarang (gatal, time sekolah rendah pun dah ada pakwe). sekali syiling tu gerak kat huruf entah apa-apa. kawan aku cakap lah 'eh, salah lah. nama pakwe aku din' lepas tu dan dan je syiling tu bergerak eja nama din. haha. cam bodo je kan.

sebenarnya spirit of the coin (atau dipanggil ouija oleh orang US) ni bukan laa satu permainan tapi ia adalah satu pemujaan untuk memanggil roh dari dimensi lain untuk berkomunikasi. kaedah spirit of the coin digunakan dalam bebera ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang mati (syaitan)

ni adalah contoh spirit of the coin board. lepas menyeru roh, pemain akan bertanya beberapa soalan dan spirit akan jawab dengan cara menggerakkan coin tu ke arah huruf-huruf membentuk satu ejaan bagi menjawab soalan pemain.

biasanya, pemujaan ini digunakan untuk tanya khabar orang yang dah mati, berkomunikasi dengan roh, mintak bantuan secara ghaib, cari barang yang hilang, tanya masa depan, nama bakal suami/isteri dan macam-macam lagi lah.

korang pun mesti nak tau kan apa yang terjadi masa ritual SOTC ni kan? okay, setelah lengkap papan yang dilengkapi abjad A-Z dan nombor 0-9 serta "yes" , "no", "home", dan "goodbye". tak pun korang tengok contoh gambar kat atas tuh, kita boleh menjemput sesebuah roh secara rambang dan berkomunikasi dengan dorang. kita perlu tanya beberapa soalan tu untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang kita inginkan. mentera untuk memanggil roh itu adalah :
*spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.spirit,spirit of the coin.please come out and play with us*
baca terus mentera tersebut sampai syiling itu bergerak perlahan. tapi harus diingatkan masa korang baca mentera tu, sema pemain dan penonton haruslah senyap jangan bersuara. bila korang dapat rasa roh tu dah datang, korang main dan tanya lah puas-puas apa yang korang nak tanya. lepas tu korang kena hantar roh tu balik. kalau dia tak nak balik, korang kena la main dengan dia sampai dia puas. sampai dia bersetuju untuk ke petak home/ goodbye tuh.

risiko main benda nih, orang cakap laa kan, kalau tengah main tu kita angkat jari kita dari duit syiling, roh tu akan ikut kita balik dan ganggu kita sebab tak hantar dia balik. tapi risiko sebenar-benarnya adalah akidah kita. boleh rosak akidah jika mempercayai pemujaan ini dan jika pemain itu orang islam, wajib bagi dia untuk bertaubat sebab pemujaan ini adalah syirik di sisi islam.

aku rasa sekian aje lah entri kali ni tentang spirit of the coin nih. sebab tulis entri pasal ni pagi-pagi buta pukul 3 ni bulu tengkuk aku meremang semacam je. kata-kata terakhir aku, kepada yang islam, jangan lah sesekali bermain permainan/pemujaan ini..syirik tau tak..

[4 GAMBAR] Black Mentor Kemalangan Kereta



Penyanyi Black telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di antara Behrang dan Slim River pada jam 2 pagi semalam.

Black yang memandu kereta jenis BMW itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan berat,namun kereta kesayanganya itu hampir ‘total lost’.

Menurut smber,sebelum kemalangan itu berlaku, Black dalam perjalanan menuju ke Kulim kerana perlu menghadiri persembahan disana.

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un yang bermaksud “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali”.





Tidur Dan Peluk Wanita Ini Dengan Harga RM184 (Tidur Sahaja)

Jacqueline Samuel, 29 dari New York telah membuka satu perniagaan yang dipanggil The Snuggery. Dengan harga US$ 60 atau RM184, pelanggan boleh memeluk dan tidur bersamanya tanpa hubungan seks. Beliau percaya bahawa dengan pelukan dan sentuhan ia dapat mengurangkan stress pelanggan.









Koleksi Gambar Pegawai Polis Seksi dari Chile

Agak menarik apabila mendapati di Chile pegawai polis wanita mereka agak hot. Ada yang rupa macam Rozita Che Wan edisi latina! Kami sayang polis comel! 

Cara Budak Kaya Di China Menghabiskan Duit Mereka (5 Gambar)

Pernah terfikir macam mana orang terlebih kaya menghabiskan duit mereka?






Remaja Lelaki Dibuli Bagai Binatang oleh Tiga Gadis Seksi







Walaupun gambar ini benar atau tidak,perbuatan ini betul-betul
kurang ajar..