Friday, 19 April 2013

Cara Menguruskan Badan dan Menghilangkan Perut Buncit yang Paling Berkesan di Dunia


Sebagai insan normal, gejala obesiti pasti menjelma dalam diri kita apabila tiba satu fasa kita tidak dapat menahan nafsu makan apabila terlalu kerap menonton iklan Prosperity Burger dalam TV2. Ini sekaligus akan menyebabkan sebiji tayar siri 245/40/18 akan terhasil pada permukaan perut kita. Berikut adalah cara-cara yang berkesan dalam mengatasi masalah kegemukan dan juga Gejala Perut Buncit.

Adalah amat menakutkan apabila dah la gemuk, seram pulak tu.


1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut, opocot!. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh sangat menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. 

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN


Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Tips cara kurus badan ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


"Mak, jangan pau saya punya French Fries. Saya nampak apa yang anda cuba lakukan," ujar Leonardo Si mangsa Obes



3. MINUM 8 GELAS AIR DALAM SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.



4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS


Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yg disebabkan air. 

p/s; Makanan yang paling bahaya dalam dunia ni ialah MAGGI kerana kuahnya lebih masin daripada air laut tetapi kita tidak sedar . *dipetik daripada buku sendiri* Maggi jugak akan merosakkan sel sel dlm badan dan akan mengemukkan badan.


Nyam3, sedap jugak katak berkrim buatan Vietnam ni. Pasni nak layan lagu Khalifah jap pastu makan balik - Mungkin ini yang dikatakan oleh Betty Krishnan yang asyik menikmati juadah

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yg tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia boleh terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN 


Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9.MAKAN KERAP

Ehem , makan kerap ni bukannya makan banyak tau . Makan kerap tapi dengan kuantiti yang sedikit lebih baik sebenarnya daripada makan SEKALI sehari tapi dalam kuantiti yang BANYAK .


10. MINUM MINUMAN YANG MASAM
Kalau pergi dekat kedai / restoran tu ha , boleh lah order fresh orange ke , limau nipis ke , yang masam masam sebab minuman yang masam ni boleh membakar kalori anda :)

11. BANYAK KAN MAKAN BUAH BUAHAN & SAYUR SAYURAN 


Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


"Tak apa lah bro, saya tangkap gambar passport kat sini je lah. Tak larat plak nak keluar pergi tangkap gambar kat Raytech Film Tinted" ujar Firdausi yang tidak mengetahui bahawa Raytech itu adalah kedai tinted.

12. JANGAN TIMBANG BERAT SELALU


   Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Yang nombor 12 tu lah Lia selalu buat . Hihi . Kalau tinggi anda KURANG daripada 160 cm tapi berat anda LEBIH daripada 50 kg , anda dikira mengalami obesiti dan sepatutnya mengambil tindakan lebih awal.

No comments:

Post a Comment