Friday, 26 July 2013

Di Tempat Ini Organ Tubuh Manusia Diambil Dan Dijual

Kejadian ini sebenarnya sudah berlaku sejak lama dan sudah banyak dibincangkan oleh orang. Maklumat ini pun telah beredar di dunia maya yang dihantar melalui email secara berantai. Bagi anda yang belum pernah membaca berita ini tentu akan menjadi sesuatu yang menarik untuk di ketahui lebih lanjut, semoga sesiapa yang membaca artikel ini akan dapat mengambil pelajaran bahawa ternyata di luar sana jasad manusia merupakan komoditi yang boleh dijual belikan.

Di Suatu tempat di Rusia menjalankan pengendalian pengangkatan buah pinggang, kornea mata, jantung dan lain-lain dari bahagian tubuh manusia untuk dijual dengan harga yang sangat tinggi. Mengejutkan, ternyata rangkaian pemasaran organ tubuh manusia ini telah diselaraskan secara antarabangsa.

Biasanya mereka mengambil anggota tubuh manusia dari mangsa kemalangan kenderaan bermotor yang tidak diurus oleh keluarganya, jenazah yang meninggal sebagai akibat daripada hukuman mati, orang yang tidak mempunyai keluarga dan kematian-kematian yang tidak akan menyebabkan tuntutan jika organ mereka di ambil.

Beberapa bahagian dari badan seperti tulang dijual kepada Universiti di pelbagai negara di dunia. Tulang berukuran besar biasana dijual ke Ireland dan Jerman untuk membuat gigi

Selain Rusia, India juga dikenali sebagai salah satu negara yang melakukan export bahagian tubuh ke negara lain.

Sungguh tragis, manusia menjual organ tubuh manusia. Jenazah-jenazah ini, ketika hidup tidak dikenali oleh orang dan ketika mati diperlakukan seperti binatang.






No comments:

Post a Comment