Sunday 28 July 2013

Rokok meletup dalam mulut


Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

 Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar.

“Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan ‘terbang’ keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya,” menurut Holoway.

Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna.

No comments:

Post a Comment