Abang Nara perasan sekarang jawapan selamat para artis apabila ditanya mengenai cinta ialah “si dia ialah lelaki/wanita paling rapat“. Dah agak klise dah bunyinya. Kalau dulu “teman tapi mesra“, nampak gayanya tahun 2013 ungkapan tersebut sudah pun berubah sesuai dengan peredaran zaman.

Jawapan yang sama juga turut diberikan oleh Wawa Zainal apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Aeril Zafrel. Kata Wawa kepada Sinar Harian:-
Sebenarnya tiada apa yang kami sorokkan kerana kami memang sudah lama berkawan rapat dan dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya kini. Saya tak mahu uar-uarkan kami bercinta, tapi bila tak menjadi, kami juga yang mendapat malu. Cukuplah saya katakan kami rapat dan saya amat senang berkawan dengannya,

Kalau Wawa taknak mengaku Abang Nara boleh terima lagi. Perempuan kenalah malu-malu. Si Aeril perlu tampil ke depan dan bersikap gentleman. Kalau betul Wawa itu kekasihnya, buat sahaja pengakuan. Bukan apa, kalau dah chop, tak adalah Abang Nara nak ngorat Wawa. Takut-takut Wawa cair dengan ayat manis Abang Nara nanti. Tak pasal-pasal Aeril yang kecewa nanti. Hehehe.
No comments:
Post a Comment