Monday 29 July 2013

Wad Bersalin Yang Menyedihkan


Selamat datang ke wad bersalin Dr Jose Fabella Memorial Hospital di Manila. Pada satu-satu masa terdapat lebih kurang 300 ibu dan anak mereka ditempatkan didalam wad ini. Jika korang nak tahu Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai kenaikkan populasi tertinggi iaitu 2% setahun. Di hospital ini, purata kelahiran bayi seharian ialah 60 orang. Rekod tertingginya ialah 100 orang bayi dalam masa 24 jam! Purata kelahiran bayi sehari di negara ini pula ialah 200 orang sejam! Akibatnya di Dr Jose Fabella Memorial Hospital , sebuah katil akan dikongsi oleh 3 orang ibu baru pada satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment