Saturday, 25 May 2013

Saya Tak Dibenarkan Berkahwin Selama 2 Tahun Ini – Fizz Fairuz



Setelah hampir dua bulan kontroversi pertunangan antara Fizz Fairuz dengan Azlyn Massiela berakhir, pelakon tersebut dikatakan telah mula membuka lembaran baru dalam kehidupan peribadinya dan dilihat enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Menurut Fizz, selepas apa yang berlaku dia langsung tidak menghubungi bekas tunangnya dan menganggap segala konflik antara mereka telah berakhir.

Tak ada. Close. Semua dah habis. Tak ada apa-apa lagi.
Dengar dari mulut saya sendiri, bila saya cakap dah habis, dah tak ada apa-apa lagi, maknanya memang semua dah selesai dengan elok.
Sekarang ini saya nak tutup buku lama dan buka buku baru.

Apabila menyebut sahaja mengenai buku baru, terdetik juga persoalan dikalangan pihak media, adakah selepas ini Fizz akan menjalin semula hubungannya dengan aktres cantik, Almy Nadia seperti yang diumumkan kepada pihak media sebelum ini?

“Tak ada. Saya masih berkawan dengan dia (Almy Nadia) seperti biasa.

“Mak saya pesan, jangan kahwin dalam masa 2 tahun ini.

“Jadi buat masa sekarang, saya nak fokus pada kerjaya terlebih dahulu, lepas itu nak kumpul duit dan hantar mak saya pergi menunaikan umrah dan haji. Itulah tekad saya,” ujar Fizz Fairuz tambil tersenyum.

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru, aktor tersebut bakal muncul dengan filem terbarunya berjudulBisikan Syaitan pada 2 Mei ini. Antara barisan pelakon yang turut terlibat dalam menjayakan filem tersebut adalah Nabila Huda, Wan Sharmila, Azam Pitt, Dinas Mokhtar dan Fiza Elite.

No comments:

Post a Comment