Tuesday, 28 May 2013

Kisah Tukang Rasa Makanan Adolf Hitler Yang Dirogol 14 Hari Tanpa Henti (4 Gambar)

Beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin. Rasanya tak mungkin kita terbayang sekiranya kita hidup pada zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari dipenuhi dengan ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.

Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, janda tua ini menyimpan sendiri kasihnya dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu. Setelah beberapa bulan selepas ulang tahunnya yang ke-95, dia menceritakan perihal pekerjaannya semasa perang dahulu, yakni sebagai tukang rasa makanan untuk Hitler.

Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

"Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya," ungkap Woelk kepada Associated Press (26/04/13).

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler tak pernah makan yang terdiri daripada daging. "Dia seorang vegetarian," katanya. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. "Makanannya lazat... Dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta," tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.

"Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami," kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. "Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya," kenangnya. Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerna malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. "Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam," ujarnya.



No comments:

Post a Comment