Saturday, 25 May 2013

Terkini ! : Saya Mahu Ibu Tarik Balik Kenyataan Baru Saya Mohon Maaf – Afiq Muiz

Petang semalam, Afiq Muiz dan keluarga sebelah bapanya telah mengadakan satu sidang media untuk cuba menjernihkan kontroversi yang berlaku. Namun Abang Nara lihat Afiq masih ego kerana mahukan ibunya menarik kenyataan anak derhaka terlebih dahulu sebelum dia meminta maaf.
Walaupun begitu, Abang Nara kasihan juga kepada Afiq kerana dikutuk dengan panggilan anak derhaka apabila berada di keliling orang awam. Kata Afiq kepada Mstar Online:-

Kerana kontroversi ini, habis terganggu semua kerja-kerja lakonan saya dan dengar cerita saya mungkin akan digam oleh pihak stesen televisyen. Malah setiap kali berada di keliling orang awam, saya dikutuk dengan panggilan anak derhaka. Kalau boleh saya mahu ibu saya menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan terhadap saya, barulah saya akan meminta maaf kepadanya pula

Pada pendapat Abang Nara, Afiqlah patut pergi berjumpa dengan ibunya dan memohon maaf terlebih dahulu. Itu tanggungjawab seorang anak. Tak kiralah salah siapa. Kena rendahkan ego. Yang peliknya, sehingga ke hari ini, ayah Afiq Muiz tidak muncul-muncul untuk menyelesaikan kontroversi ini. Kata datuk saudara Afiq, Jalal Abidin:-
Saya rasa, tiada orang lain yang dapat menyelesaikan masalah Afiq dan ibunya selain Azman sendiri. Jika sebelum ini bapa Afiq tidak munculkan diri dalam menyelesaikan masalah anak beranak, sudah tiba masanya dia berbuat demikian. Tidak elok rasanya kes pergaduhan mereka berpanjangan, tambah pula ia sudah menjadi bahan berita media di luar sana
Tidak guna diadakan sidang media 1000 kali sekalipun kalau salah seorang daripada mereka tidak mahu bertolak ansur. Dalam hal ini, Afiq sebagai anak harus menjadi orang yang mengalah. Ingat balik penat lelah ibu anda membesarkan anda. Pergi jumpa, minta maaf dan buka buku baru. Kan senang je begitu?

No comments:

Post a Comment