Friday, 26 July 2013

Beginilah Keadaan Di Dalam Pusat Serenti Penagihan Dadah Di Thailand

Di Thailand juga terdapat sebuah tempat pemulihan bagi penagih dadah, iaitu di Biara Thamkrabok terletak di sebelah utara Bangkok. Bezanya dengan yang lain adalah Thamkrabok di kelola oleh para Biarawan Buddha sedangkan Suryalaya dikendalikan oleh para kiyahi. Pesakitnya pun dari berbagai kalangan mulai dari artis, anak sekolah, Mahasiswa dan ahli politik muda

Biara ini terletak di pedalaman hutan, sebelah utara kota Bangkok, Thailand. Konon kaedah terapi yang di gunakan cukup ekstrim untuk melakukan detoksifikasi, hanya caranya bagaimana saya belum mendapat maklumat yang pasti, namun dari sumber yang saya perolehi mengatakan bahawa rawatan herbalnya cukup keras hingga ketika Pesakit meminum ubat herbalnya di jamin isi perutnya langsung keluar kerana muntah.

Bayaran terapi di tempat ini sangat murah sekali iaitu sekitar USD 3 satu minggunya, kerana hampir seluruh kos pengendalian biara ini di biayai daripada dana sumbangan masyarakat, bayaran tersebut termasuk sangat murah jika di bandingkan dengan salah satu klinik pemulihan yang menambatkan harga sehingga USD 23,000 perbulannya.

Anda boleh melihat aktiviti-aktiviti di Biara tersebut dalam foto-foto di bawah ini.










No comments:

Post a Comment