Wednesday, 3 July 2013

KEJAMNYA ISRAEL (YAHUDI) TERHADAP PALESTINE..

gengsi-dong.blogspot.com - KEJAMNYA ISRAEL (YAHUDI) TERHADAP PALESTINE..

Dalam suasana yang amat tegang, dalam suasana Palestin diserang tanpa henti, dalam suasana anak-anak kecil mati terkena bom, kini muncul imej yang agak sadis, mayat yang dikatakan perisik Israel dibunuh dan diseret untuk tontonan awam.

Tidak perlu dinafikan seluruh dunia mengutuk keras kekejaman israel bila mereka seperti orang gila menyerang Palestine tanpa henti dan tanpa peri kemanusiaan. MI sendiri mengutuk kekejaman israel.

Apabila tindakan pejuang Hamas dipertontonkan begini, timbul banyak persoalan dan sememangnya akan wujud pro dan kontra. Ada yang gembira seolah dendam berbalas. Ada yang kecewa seolah perangai orang Islam sama dengan perangai zionis laknatullah.

Zaman Nabi saw dan Sahabat r.a dihina, keji, maki dan dizalimi hinggakan ada sekeluarga dibunuh dengan kejam diawal Islam mereka, keluarga Yassir r.a kesemuanya dibunuh kerana tidak ingin murtad. Apa yang Nabi saw dan Sahabat buat bila 'Fatah Mekah' atau penaklukan kota Mekah, ketika Nabi saw dan Sahabat r.a menawan Mekah ?

Nabi saw sendiri dibaling batu dan najis ketika awal usaha dakwah beliau, apakah Nabi saw punyai dendam dan membalasnya selepas Mekah ditawan dan setelah Islam berkuasa 2/3 dunia, adakah Sahabat r.a mula kutip dan bunuh setiap musuh Islam ketika itu ?

MI mohon sahabat pembaca berikan komen dan pandangan. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment