Saturday 3 August 2013

Fazura Nafi Guna Silikon pada Payudaranya



“Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik,” itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.
“Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.

“Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal,” katanya.
Fazura menjelaskan asetnya memang asli dan dia tidak pernah berniat untuk “bersilikon” atau seumpama dengannya.
Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.
Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.
“Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri,” katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.

No comments:

Post a Comment