Friday 9 August 2013

OMG! - BEBOLA MATA GERGASI DITEMUI DI PERSISIR PANTAI FLORIDA (3 GAMBAR)

 Bola mata gergasi ditemui di pantai Amerika Syarikat menjadi tanda tanya dan misteriapabila mata gergasi sebesar bola lisut tersebut di temui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.


GAMBAR yang disiarkan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida kelmarin menunjukkan bola mata gergasi yang ditemui di Pantai Pompano, Florida.

Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.




Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.

Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan.

No comments:

Post a Comment