Rumah di bina di tengah-tengah jalan raya? Ini lagi satu yang pelik di china. Jap jangan salah sangka dimana binaan ini sebenarnya sememangnya di situ dan satu projek pembinaan jalan raya yang dilakukan apabila pemilik banggunan tersebut enggan berpindah dari rumah tersebut.
Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang, China. Perlihatkan lagi gambar-gambar di bawah ini.
Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.
Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut.
Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah.
Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi
No comments:
Post a Comment