Sunday 4 August 2013

Hobi Paling Pelik Di Dunia!




Lima orang dibawah ini memiliki hobi yang sangat unik dan aneh. Anda mungkin tak pernah membayangkan bahwa ada orang yang memiliki hobi aneh seperti mereka, berikut kelima orang yang memiliki hobi aneh tersebut:


1. Chuck Lamb: (Berpura-pura Mati)
Chuck Lamb, lelaki berusia 47 tahun ini mempunyai hobi paling aneh iaitu , pura-pura mati. Tidak hanya itu, ia juga merakam semua adegan kematiannya dalam bentuk foto dan video dan dipublikasikan di websitenya sejak tahun 2005.

Kerana hobi anehnya ini website miliknya dikunjungi oleh 32 juta orang dan menarik perhatian media TV untuk mengundangnya.

2. Paul Yarrow: (muncul di Siaran Langsung)
Paul Yarrow, lelaki berasal di London Selatan ini memiliki hobi yang aneh iaitu, suka muncul di siaran langsung. Jadi, jika kru TV datang ke suatu tempat dan mulai menyiarkan berita terkini dari lokasi tersebut, Paul selalu berada di belakang penyampai berita.

Paul sudah muncul di beberapa siaran langsung BBC, ITV, Channel 4 dan Sky News di waktu dan tempat yang berbeda.

3. Reed Sandridge: (Memberi $10 untuk Orang Asing)
Setelah kehilangan pekerjaanya, Reed Sandridge memiliki hobi baru iaitu memberi wang $10/hari kepada orang-orang yang memerlukannya, wang yang diberi oleh Reed berbeza orang setiap hari.

Reed mendokumentasikan pemberiannya dalam sebuah buku catatan hitam kecil yang menceritakan tentang orang-orang yang ditemuinya.

Pada hari ke-94, ia telah memberikan hampir $1.000, ia membagi-bagikan wang pada waktu musim sejuk, hujan, panas. Akhirnya, beberapa orang membantunya dengan menderma wang kepada Reed untuk digunakan dalam misi sosialnya membantu orang lain.

4. name di rahsiakan :(Mengumpul Pil Ekstasi)
Seorang rakyat Belanda memiliki hobi yang sangat berbahaya. Ia memiliki 2,400 pil ekstasi dengan berbagai warna dan bentuk. Tapi pada tahun 2009 sebahagian barang koleksinya itu hilang dicuri.

Sang pengumpul tidak mahu menyebut identiti dirinya kerana takut ditangkap atas koleksinya tersebut.

5. Vic Kleman: (Menaiki Roller Coasters)
Vic Kleman, seorang warga emas berusia 78 tahun asal Pittsburgh ini memiliki hobi yang tidak lazim untuk orang yang berusia senja. Vic Kleman telah menaiki roller coasters 90 kali setiap hari dan keseluruhan 4000 kali selama masa hidupnya.

Vic Kleman menghabiskan 5 jam menaiki the Jack Rabbit roller coaster yang berada di Kennywood Park - West Mifflin. Vic Kleman mengaku memiliki hobi ini sejak tahun 1959 dan merupakan anggota dari American Coaster Enthusiasts.

No comments:

Post a Comment