Saturday 3 August 2013

Isteri Hattan Peluk Lelaki Lain Di Ranjang, Punca Perceraian?


Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, Zubir ‘jackpot’ apabila dia berjaya membuktikan bahawa tuduhannya sebelum ini bukanlah tuduhan yang melulu.
Selepas 2 bulan berkahwin, Hattan dan Farah Asyikin sah bercerai talak satu dan ini benar-benar mengejutkan . Mana mungkin kahwin hanya 2 bulan? Sesuka hati saja. Menurut seorang pengguna forum hiburan, Farah Asyikin sebenarnya mempunyai banyak masalah sebelum berkahwin dengan Hattan lagi.
Dikhabarkan, Farah Asyikin pernah berhutang dengan seseorang dalam jumlah yang banyak. Tidak cukup disitu, dia turut dituduh pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan sulitnya bersama kekasih ketika berada di Indonesia. Dan kini, masih tidak dapat dipastikan apakah yang menjadi punca perceraian mereka berdua.
Betul ke artis ni memang suka kahwin dan cerai ikut suka hati saja? Haih, habis madu sepah dibuang.

No comments:

Post a Comment