Monday 10 June 2013

Giliran Aktres Jue Aziz Pula Berhijab Penuh?



KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Pelakon cantik Jue Aziz bakal membuat penampilan terbaru dengan berhijab? Pastinya persoalan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat yang merindui kemuculan pelakon berambut cantik yang terkenal dengan penampil seksinya sebelum ini.

Namun semua persoalan tersebut bakal terjawab apabila anda meluangkan masa menonton telemovie menarik bertajuk "Sayangku Dewi". Hakikatnya Jue bagi menghayati wataknya sebagai Zulaikha, ibu tunggal yang gigih dalam mengharungi cabaran hidup membesarkan anaknya bernama Nadya.

Telemovie yang menemui penonton pada 11 Jun 2013, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2 ini turut menampilkan pelakon Fezrol Khan, Sheera Iskandar, Zuldarrien Izzya, Syed Nahar, Nur Ain Tay Chui Chui, Linda Bengs, Sharifah Shahora dan Muhammad Abu Bakar.

Kisahnya berlegar sekitar kisah watak Zulaikha, seorang ibu tunggal yang hidup dalam keperihan tanpa wang yang cukup untuk menyara kehidupan bersama anak tunggalnya Nadya, terkejut apabila sebuah karya penulisannya kini berada dipasaran. Itulah satu-satunya karya Zulaikha yang pernah dihantar ke sebuah syarikat penerbitan beberapa tahun yang lalu.

Oleh kerana tidak menerima apa-apa respon dari syarikat penerbitan, Zulaikha seolah fobia untuk menulis lagi. Namun, dia Zulaikha cuba berdepan dengan syarikat penerbitan setelah melihat karyanya diterbitkan tanpa izin.

Dia bagaimanapun telah disambut dengan baik oleh Mei Li, pembantu pentadbir bersama sekeping cek berjumlah RM 10ribu. Mei Li jelaskan, pemilik syarikat penerbitan jatuh cinta pada karya Zulaikha tetapi tidak tahu siapa penulisnya kerana info tentang penulis sudah hilang dari manuskrip asal.

Tujuan menerbitkan novel itu adalah untuk mencari penulisnya. Zulaikha yang sedang kesempitan wang, berasa gembira lantas menerima cek tersebut dan melupakan hasratnya untuk menyaman syarikat tersebut.

Seminggu selepas itu, Zulaikha didatangi oleh Zahim bekas kekasih yang amat dibencinya. Zahim yang dulunya seorang lelaki yang angkuh dan kaki mabuk, muncul dan jelaskan dialah pemilik syarikat penerbitan yang telah menerbitkan karya Zulaikha.

Zulaikha terlalu marah. Zahim jelaskan, dia tidak berniat jahat tetapi mahu menebus kesilapannya terhadap Zulaikha yang pernah dicemuh seperti sampah suatu ketika dulu.

Zulaikha yang pada mulanya tidak mahu bekerjasama lagi dengan Zahim, kemudiannya ubah fikiran apabila anaknya Nadya kelihatan begitu gembira dengan keselesaan hidup mereka sejak novel Zulaikha berada di pasaran. Demi anak yang amat disayanginya, Zulaikha menerima tawaran Zahim untuk menghasilkan 2 buah novel lagi dalam masa 2 tahun perjanjian.

Dalam pada itu, sejak kematian ibu dan ayahnya, Zahim sudah insaf malah Zahim sedang bertarung dengan sejenis penyakit yang tidak mahu diketahuinya penyakit apa. Zahim sedar, hanya Zulaikha wanita yang harus dikahwininya sehinggakan Zahim menyingkir Haslinda, kekasihnya yang mata duitan.

Haslinda tidak mudah mengalah. Dia cuba menghalang hasrat Zahim untuk menangi hati Zulaikha semula tetapi percubaan Haslinda memakan diri sendiri sehinggakan dia tercampak ke dalam lokap.

Zulaikha menerima lamaran Zahim bukan kerana dia cintakan Zahim tetapi semata-mata demi masa depan anaknya dan tambahan pula Zahim sudah tidak seperti dulu. Zahim yang makin tidak sihat minta Zulaikha tandatangani pemindahan hakmilik hartanya pada nama Zulaikha.

Zulaikha merasakan ini adalah sebuah kemenangan setelah dia pernah dicemuh dan dicaci hina oleh Zahim suatu ketika dulu lalu menandatangani pemindahan hak milik tersebut.

Pada hari pernikahan, ketika Zulaikha dan Zahim mahu berangkat ke masjid dari rumah masing-masing, Zahim menemui ajalnya sendirian di dalam kamar tidurnya setelah siap memakai pakaian untuk pergi bernikah. Zulaikha dan keluarganya tiba di rumah Zahim, amat terkejut melihat Zahim sudah terbujur kaku.

Walau benci pada Zahim, bukan bermakna Zulaikha tidak berperikemanusiaan. Airmatanya menitis dalam kebingungan. Kepayahan hidup tidak lagi menemani Zulaikha dan Nadya setelah mereka dimewahkan dengan harta yang telah dipindahmilik kepada Zulaikha.


No comments:

Post a Comment