Sunday 30 June 2013

Bapa Anak Dicekup KHALWAT Dengan Gadis Umur 28 Tahun Gempar

“Kami tidak buat apa-apa dan saya datang ke sini hanya untuk hantar makanan,” itu helah bapa kepada tiga anak ketika dicekup khalwat oleh Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), kelmarin.

Bagaimanapun helahnya tidak menjadi dan akhirnya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang untuk laporan tangkapan serta ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Lelaki berkenaan yang juga bertugas sebagai penjawat awam ditahan dalam serbuan pada jam kira-kira 1.15 pagi di rumah teman wanitanya di Tangkak.

Manakala pasangannya berusia 28 tahun dan belum berkahwin dan mengakui baru berkenalan kira-kira setahun lalu.

Menurut lelaki itu, dia datang ke rumah teman wanitanya untuk menghantar makanan dan jarang datang ke situ tetapi tidak bernasib baik apabila dicekup khalwat oleh penguat kuasa.

Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, tangkapan tersebut dijalankan berdasarkan aduan orang awam.

Menurutnya, ekoran itu sepasukan anggota penguat kuasa membuat pemantauan dan memeriksa di rumah terbabit sebelum membuat serbuan.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang lengkap berpakaian membuka pintu.

“PPADL terpaksa menunggu hampir 15 minit sebelum lelaki berkenaan membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersembunyi dalam bilik tingkat atas rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

Jelas beliau, mereka ditahan sementara dijamin oleh keluarga masing-masing.

Katanya lagi, mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan

No comments:

Post a Comment