Friday 21 June 2013

Anjing Paling Buruk Di Dunia Mati Pada Usia 15 Tahun [3 Gambar]




Ketika haiwan kesayangan anda mati, ketika  itulah semua hal-hal yang baik tentangnya akan anda kenang selalu. Tetapi hal berbeza justru terjadi kepada seekor anjing di Amerika Syarikat (AS).

Tapi untuk anjing bernama Yoda yang baru saja mati, ada kata yang sememangnya patut untuknya, iaitu 'Dia benar-benar sangat buruk'.

Yoda memenangi pertandingan Anjing Terburuk di Dunia pada tahun 2011 di Sonoma Marin Fair. Yoda mempunyai rambut yang pendek, lidah panjang yang menonjol, dan kaki yang tidak berbulu.

Seperti dipetik The Telegraph, Jumaat (16/3/2012), Yoda merupakan anjing Chihuahua campuran yang meninggal dalam tidurnya di California.

Pemiliknya yang bernama Terry Schumacher merasa telah kehilangan teman rapatnya. Wanita itu menemui Yoda dengan berat 8.6 kilogram di belakang bangunan apartmen. Awalnya dia mengira itu adalah seorang tikus.

Mereka pernah menyimpan hadiah sebanyak USD1000 atau sekira RM3500 dan memenangi sebuah piala yang besarnya 15 kali saiz Yoda pada pertandingan terakhir di bulan Jun lalu. kedua-duanya menjadi terkenal setelah muncul di salah satu stesen televisyen negara




No comments:

Post a Comment