Wednesday 19 June 2013

Telali Ini Tertelan Garpu Ini Dalam Perut Selama 10 Tahun!!!

Lee Gardner, seorang lelaki berusia 40 tahun dilarikan ke hospital setelah muntah darah dan mengalami kekejangan perut yang amat menyakitkan.

Namun, yang membuat para doktor di Hospital Barnsley, South Yorkshire, United Kingdom, terkejut adalah ketika mereka mencari sebuah garpu berukuran sembilan inci di perut lelaki itu, dan sudah ada di sana lebih dari satu dekad.

Bahkan, yang lebih membingungkan para pegawai perubatan adalah pengakuan Gardner yang mengatakan bahawa dirinya sama sekali lupa telah menelan alat makan itu.

Sepuluh tahun yang lalu, doktor mengatakan kepada Gardner bahawa garpu yang ia telan akan keluar secara alami, sehingga ia menganggap bahawa garpu itu sudah menghilang dari perutnya. Namun kenyataannya garpu itu masih utuh dan berada di bahagian bawah perutnya.


 "Saya mengalami muntah darah, dan ketika mereka memeriksa bahagian dalam perrutku dengan kamera, doktor menanyakan bahawa apakaah aku yakin tidak pernah menlan benda apapun," tutur Gardner yang saat ini telah pulih setelah garpu itu dikeluarkan dari perutnya.

Gardner mengatakan bahawa dirinya tidak menelan benda apapun, namun sang doktor menjelaskan bahawa dirinya melihat ada sebuah benda berbentuk garpu di dalam perutnya.

Ia kemudian teringat kejadian sepuluh tahun yang lalu, di mana ia tak sengaja menelan sebuah garpu akibat tersedak ketika sedang bermain-main dengan alat makan dari plastik itu.


 Perunding pakar bedah am, Hanis Shiwani, memutuskan bahawa terlalu berbahaya untuk cuba mengambil garpu tersebut tanpa operasi, dan kemudian melakukan operasi selama 45 minit untuk mengeluarkan garpu itu.

"Garpu itu mengganggu dinding perut dan menyebabkan pendarahan. Saya merasa lega apabila mengetahui itu bukan kanser. "


 "Secara teknikal itu bukanlah pengendalian yang mencabar, tapi menarik kerana hal ini adalah sesuatu yang belum pernah kita lakukan sebelumnya." Tutur Shiwani.

Shiwani mengatakan bahawa Gardner amat beruntung kerana garpu itu tidak merosakkan tekaknya dalam perjalanan ke dalam perut.

No comments:

Post a Comment