Thursday 1 August 2013

Kapal Terbang Kertas Terbesar Di Dunia!


Kebiasaannya, kapal terbang kertas ini hanya diminati dan dimainkan oleh budak-budak sekolah, namun kali ini, satu pasukan designer dan pakar pesawat telah merancang dan mereka bentuk sebuah pesawat kertas terbesar di dunia yang terletak Arizona, Amerika Syarikat. Panjang pesawat tersebut adalah 13.7 meter dan mempunyai lebar sayap dalam 7.3 meter.


Kapal terbang kertas tersebut melakukan penerbangan sulungnya dengan cara ditarik 4,000 kaki ke langit oleh sebuah helikopter. Kapal terbang kertas itu kemudiannya melayang di atas ruang udara Tucson, Arizona, dengan kepantasan sekitar 98 batu per jam (157km/j) sebelum kembali semula ke Bumi.

No comments:

Post a Comment