Saturday 1 June 2013

“Saya Akui Sedang Bercinta Dengan Anak Erma Fatima – Sharifah Sakinah

ohartis-sharifah-sakinah-bfNama Sharifah Sakinah benar-benar panas akibat daripada perbuatannya mengupload beberapa video ke laman sosial Keek yang agak korang sopan hingga menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Lupakan sejenak video sakai yang dibuat oleh si Kinah ni, kini dia dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anak teruna kepada pelakon dan pengarah Erma Fatima malah, Kinah yang ditemui baru-baru ini mengakui kebenaran gosip tersebut.
 “Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami just go with the flow,” ujar Sharifah Sakinah.
Bila diajukan soalan adakah dia serius dengan perhubungan kali ini kerana lebih dikenali dengan sikap yang suka main-main dalam pelbagai hal, Sakinah menjawab;
 “Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan sepenuh komitmen. Cuma, kali ini kisah cinta saya mendapat perhatian disebabkan saya berkawan dengan anak Erma Fatima” Jelas Sakinah lagi.
Berikut jawapan Erma Fatima mengenai percintaan anaknya dengan Sharifah Sakinah yang ditanyakan oleh Micheal Ang melalui akaun Keeknya.



KEEKSSIP : Erma Fatima jawab tentang perangai bakal menantu dia Sharifah Sakina!
May 19, 2013| Source: Keek.com

No comments:

Post a Comment